KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 8.17 malam, dan mayat remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di tingkat bawah bangunan 39 tingkat berkenaan.
"Dua saksi kejadian mendakwa remaja itu ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni. Dia memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni, bagaimanapun dikatakan hilang keseimbangan dan terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata, mayat telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya malam tadi.
Pihak berwajib diharap atasi masalah jalan rosak di Pos Gob sebelum musim tengkujuh
Tindakan segera perlu diambil kerana laluan itu merupakan jalan perhubungan untuk kanak-kanak ke sekolah dan membawa pesakit bagi kes kecemasan.
Pelajar UPMKB kerja kilang kumpul duit untuk sambung belajar
Benedick membiayai yuran pengajian semester pertama di UPM Kampus Bintulu (UPMKB) dalam bidang diminati demi mengubah masa depannya.
Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Polis buru sekumpulan lelaki dipercayai curi kabel tembaga
Klip video tular di platform TikTok seorang lelaki yang merakam video sedang memarahi lelaki yang sedang menarik kabel dari lurang pembentung.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
Mahasiswa maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium
Remaja itu didakwa ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni dengan memanjat sebuah meja sebelum memanjat pagar balkoni.
Lebih 20 maut selepas minum arak buatan sendiri di Jogjakarta
Lebih 20 orang maut akibat minuman keras buatan sendiri, dengan antara yang terkorban adalah golongan mahasiswa.