awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa perlu cabar diri jadi graduan holistik - Mary Yap

Bernama
Bernama
20/12/2015
00:20 MYT
Mahasiswa perlu cabar diri jadi graduan holistik - Mary Yap
MARY YAP: Mahasiswa perlu mengukuhkan jati diri dan bersemangat meningkatkan prestasi bidang yang diambil bagi membolehkan mereka menjadi pencetus kepada usaha membantu masyarakat. - Gambar fail
Mahasiswa perlu mencabar diri menjadi graduan holistik dan tidak hanya menumpukan kepada kecemerlangan dalam akademik semata-mata, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.
Beliau berkata ia penting bagi memastikan mahasiswa lengkap dengan semua ilmu dan kemahiran serta kekal releven, sekali gus menjadi modal insan utama untuk membantu kemajuan negara pada masa hadapan.
Katanya mahasiswa perlu mengukuhkan jati diri dan bersemangat meningkatkan prestasi bidang yang diambil bagi membolehkan mereka menjadi pencetus kepada usaha membantu masyarakat.
"Mahasiswa perlu menerapkan nilai kesukarelaan dan menyertai pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dan mencungkil keinginan berbakti kepada masyarakat tanpa mengharap balasan," katanya ketika berucap pada Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Pantai Timur Sabah di Kampung Quoin Balung di sini, Sabtu.
Turut hadir pada program itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Ismail Ali.
Mary Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata mahasiswa perlu menjadikan universiti sebagai medan melengkapkan diri dengan kemahiran dan aspek kepimpinan agar berupaya menjadi harapan dan sandaran bangsa serta negara pada masa hadapan.
"Tidak kira di universiti mana sekali pun, anda mampu mencapai ketinggian ilmu dan standard profesionalisme melalui curahan pengalaman dan pengetahuan daripada tenaga akademik yang berkelayakan dan berpengalaman," katanya.
Mengulas mengenai program berkenaan, Mary Yap berharap mahasiswa dan mahasiswi dapat menimba ilmu dan pengalaman yang dapat digunakan pada masa hadapan.
Program dua hari itu, yang bermula pada Khamis, disertai 100 pelajar UMS dengan pelbagai aktiviti termasuk membersihkan surau, membaiki dan mengecat pagar sekolah, bersukan dan beriadah bersama penduduk kampung.
Topic Berkaitan
#graduan
#holistik
#mahasiswa
#Mary Yap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan