awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa UIAM IPTA pertama sertai IBR

Bernama
Bernama
18/04/2018
21:12 MYT
Mahasiswa UIAM IPTA pertama sertai IBR
Mahasiwa UIAM menunjukkan komitmen memerangi dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah melalui IBR yang ditandatangani. - Gambar hiasan
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Rabu menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sekali gus menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi awam yang pertama melafazkan IBR di negara ini.
Lafaz IBR itu dketuai oleh pemimpin Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM Amir Ridwan Idris yang disaksikan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin pada majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM, di sini malam tadi.
Zaleha dalam ucapannya berkata budaya memerangi rasuah harus dipupuk sejak dari awal seperti di universiti bagi mengekang gejala berkenaan daripada berleluasa.
"IBR ini menunjukkan komitmen mahasiwa UIAM untuk memerangi dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah, " katanya.
Sementara itu, Dzulkifli berkata mahasiswa merupakan golongan yang akan menerajui kepimpinan negara dan sehubungan itu mereka harus memastikan negara ini bebas daripada rasuah pada masa hadapan.
"Mahasiswa memainkan peranan penting dalam usaha memerangi rasuah. Saya berharap mahasiswa akan bersama-sama SPRM untuk tolak rasuah," katanya.
Turut dilancarkan pada konvensyen berkenaan ialah Gerakan Mahasiswa Anti Rasuah (GEMA), iaitu program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran tentang perlunya mahasiswa menghindari gejala rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkifli Ahmad
#GEMA
#Gerakan Mahasiswa Anti Rasuah
#IBR
#Ikrar Bebas Rasuah
#mahasiswa
#Rasuah
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#Zaleha Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan