Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk bertindak berhubung deklarasi yang beliau usahakan.
Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tandatangan.
"Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif.
"Semasa pertemuan itu, Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan.
"Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda," kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada sidang media di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 Sept, berkata Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda tidak boleh mencampuri urusan PPBM.
Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.
Mengenai sembilan lelaki Australia yang memakai seluar dalam 'Jalur Gemilang' di perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Sepang pada Ahad, Dr Mahathir berkata perbuatan itu menghina negara.
Beliau berkata budaya Malaysia berbeza dengan beberapa negara lain di mana berpakaian menjolok mata di khalayak ramai itu 'OK'.
Pada Ahad, polis menahan lelaki Australia itu berusia antara 25 dan 29 tahun kerana dianggap menimbulkan provokasi dan mengenakan pakaian menjolok mata di perlumbaan tersebut.
Bernama
Wed Oct 05 2016
Dr Mahathir tidak menerima jawapan positif daripada Agong sewaktu menghadap baginda di Istana Anak Bukit. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE-Israel
Haniyeh pula menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sekatan perjalanan ditarik balik, Mohamed Apandi bebas ke luar negara
Mohamed Apandi juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
Pendaftaran parti: Pakatan Harapan tarik balik permohonan terhadap RoS
Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan RoS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu.
Mekanisme deklarasi harta diputuskan kabinet sebelum persidangan Parlimen
Aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbiran adalah antara perkara yang akan dibincangkan dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidangan Parlimen bermula.
Mahathir akui gagal yakinkan Agong berhubung deklarasi
Semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tandatangan.
Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh gerakan Mahathir
Anggota MT UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Program Jelajah Pendidikan Bumiputera deklarasi kerajaan ubah destini anak bangsa
Program itu membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang berada di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang tercicir dalam bidang pendidikan.