Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin 'bersepakat' dengan pembangkang dilihat oleh UMNO sebagai satu kesilapan amat besar, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Perdana Menteri itu berkata tindakan kedua bekas pemimpin kanan UMNO itu turut mendatangkan kemarahan dan kekecewaan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO.
"Saya tengok rata-rata di kalangan pemimpin UMNO, mereka sangat marah dan amat kecewa (dengan) tindakan Tun Dr Mahathir untuk sepakat dengan pembangkang.
"Malah sedutan ucapan Tun Dr Mahathir diviralkan, antaranya (pernah) menyelar Lim Kit Siang sebagai pemimpin rasis dan DAP chauvinis.
"(Selain itu), Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir (pernah) menyelar dan mengutuk Kit Siang dan DAP dengan jelas.
"Sebab itulah, pemimpin UMNO tidak boleh terima. Mereka tahu pendirian DAP selama ini, jadi apa yang dilakukan (adalah) satu kesilapan amat besar," kata Najib kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau mengulas mengenai tindakan dua pemimpin itu yang 'bersepakat' dengan pembangkang menandatangani 'Deklarasi Rakyat' Jumaat lepas.
Muhyiddin dan juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi itu yang menyokong penyingkiran Najib, diketuai Dr Mahathir, bekas perdana menteri.
Turut memberi sokongan adalah Penasihat DAP Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Ketika ditanya sama ada pemimpin UMNO yang terlibat boleh dikenakan tindakan, Najib berkata: "Terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin.
"Kita, tiap seorang pemimpin di mana jua peringkat, tertakluk kepada perlembagaan dan disiplin parti," kata Najib.
Ditanya adakah ia amaran terakhir untuk Muhyiddin, Najib berkata: "Biar MT putuskan. Kami percaya badan tertinggi ialah Majlis Tertinggi."
Mengenai Badan Perhubungan UMNO Kedah yang mahukan Muhyiddin dan Mukhriz turut dikenakan tindakan, Najib berkata beliau tidak mahu membuat keputusan sendirian dan menyerahkan kepada MT.
"Serah pada MT. Saya tidak mahu buat keputusan sendirian. Kita amal tanggungjawab bersama," kata Perdana Menteri.
Apapun, Najib berkata kerajaan akan terus menumpukan kepada pembangunan negara dan juga khidmat kepada rakyat.
"Bagi kami, tahap keyakinan bergantung pada pilihan raya.
"Buat ketika ini, kerajaan akan diteruskan kerana kita mempunyai mandat dan bilangan di Parlimen. Parti juga di belakang kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada beliau yakin rakyat masih di belakang UMNO.
Terdahulu, Najib dalam rangka lawatan kerja sehari di Johor Baharu, merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Galleria@Kotaraya.
Bernama
Sun Mar 06 2016
NAJIB: Tiap seorang pemimpin di mana jua peringkat, tertakluk kepada perlembagaan dan disiplin parti. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Mahathir, Muhyiddin bersepakat dengan pembangkang kesilapan amat besar - Najib
Perdana Menteri itu berkata tindakan kedua bekas pemimpin kanan UMNO itu turut mendatangkan kemarahan dan kekecewaan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO.