LUMUT:Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang membuat perincian termasuk dari aspek kos bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor di Teluk Dalam, Pulau Pangkor agar ia boleh beroperasi semula.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemanjangan landasan itu dibuat kerana pihaknya bersama kerajaan sedang mengkaji jenis kapal terbang yang sesuai menggunakan kemudahan tersebut.
"Kalau sekiranya kapal terbang yang digunakan adalah dari jenis ATR 72 yang boleh memuatkan 70 penumpang, makanya kita perlu memanjangkan sedikit landasan di Pangkor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ceria Kembali ke Sekolah #MYAirportCARES dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor di Dewan Komuniti Fasa 2G di sini, hari ini.
Lapangan Terbang Pangkor dibuka sejak 1993 dengan landasan sepanjang 732 meter sebelum memberhentikan operasi pada Februari 2014 dan telah dijadual dibuka semula pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, operasi semula itu ditunda berikutan pesawat yang dijadualkan mendarat masih menunggu untuk pemeriksaan keselamatan dan teknikal landasan.
Ditanya mengenai persiapan MAHB terhadap sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata pihaknya sentiasa bersedia lebih-lebih lagi lapangan terbang merupakan pintu negara.
"Kita perlu berbincang secara berterusan dengan Majlis Keselamatan Negara agar pintu lapangan terbang sentiasa dikawal dengan sebaiknya bagi memastikan sebarang kemungkinan jangkitan COVID-19 di lapangan terbang dapat dielakkan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Syukrie Mohd Salleh berkata ketika ini jumlah trafik penumpang di seluruh lapangan terbang adalah 30 sehingga 40 peratus dan sekiranya sekatan perjalanan dilaksanakan semula ia mungkin berkurangan pada kadar 10 hingga 15 peratus.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak risau jika berada di lapangan terbang untuk melakukan perjalanan udara kerana pihaknya sentiasa mengambil langkah pencegahan COVID-19.
Pada majlis hari ini, seramai 925 pelajar kurang berkemampuan dari beberapa kawasan sekitar Parlimen Lumut menerima sumbangan berupa kelengkapan persekolahan yang secara keseluruhannya bernilai RM125,000.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MAHB tersebut bertujuan memberi sokongan kepada komuniti di sekitar kawasan lapangan terbang, terutama bagi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Pemanjangan landasan itu dibuat kerana pihaknya bersama kerajaan sedang mengkaji jenis kapal terbang yang sesuai menggunakan kemudahan tersebut. -BERNAMA

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

COVID-19: Kes positif global lebih 114.6 juta, korban 2.54 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 114.69 juta kes.

AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS
AATF akan menjalankan peleraian komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual daripada kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan.

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga - Pakar
Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma melihat, pemulihan itu akan berlaku dengan pantas sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, SOP dengan ketat.

Gelembung Sukan | KHM tidak kompromi pasukan langgar SOP
Tindakan mengantung pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika didapati prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Potensi gelembung perjalanan dengan negara Asia Tenggara selepas RGL/TCA Malaysia-Indonesia - MAHB
Shukrie berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang akan menjadi antara yang pertama menerima vaksin sebaik.

MAHB, Malaysia Airlines bekerjasama laksana proses pemeriksaan keselamatan lebih selamat
Sistem Penyelarasan Penumpang telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya.

Perjanjian operasi baharu beri lebih banyak fleksibiliti untuk MAHB - CEO
MAHB menyifatkan empat OA baharunya dengan kerajaan akan memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pengendali lapangan terbang itu, khususnya dari segi membuat keputusan pelaburan.

Saham MAHB naik 3.8 peratus berikutan trafik penumpang meningkat tiga kali ganda pada Dis 2020
Pergerakan penumpang pada Disember 2020 yang positif membantu mendorong saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) naik 3.8 peratus pada 11 pagi.

MAHB buat perincian panjangkan landasan kapal terbang Pangkor
MAHB sedang membuat perincian termasuk dari aspek kos bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor di Teluk Dalam, Pulau Pangkor agar ia boleh beroperasi semula.

MAHB jangka pergerakan penumpang meningkat empat kali ganda mulai 24-31 Dis
Lapangan terbang di seluruh negara meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua langkah keselamatan yang disediakan dilaksanakan dengan baik.

Trafik penumpang MAHB susut 84.2 peratus kepada 1.8 juta pada November
Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd merosot 84.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.8 juta pada November 2020.

MAHB tawar pakej bantuan baharu kepada peruncit
Menggantikan tawaran yang diumum pada September, yang mana penyewa runcit diberi rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.

Lapangan terbang milik MAHB di Turki disenarai kelima paling sibuk di Eropah
Aset luar negara Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen disenaraikan di kedudukan kelima paling sibuk di Eropah.