KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pergerakan penumpang sebanyak 8.2 juta pada September 2022 untuk kesemua rangkaian lapangan terbangnya.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAHB berkata, pergerakan penumpang terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas melepasi lapan juta penumpang buat kali pertama sejak Mac 2020.
MAHB berkata, Malaysia merekodkan 5.3 juta penumpang pada September 2022 dengan sektor domestik terus menerajui pemulihan trafik apabila merekodkan 3.4 juta penumpang manakala sektor antarabangsa mencatat paras tertinggi baharu sebanyak 1.9 juta penumpang.
Ia berkata pergerakan pesawat pula menunjukkan peningkatan untuk penerbangan jarak sederhana dan jauh ke destinasi seperti Perth, Sydney dan Auckland, Asia Tenggara dan Asia Selatan memandangkan sekatan perjalanan semakin berkurangan manakala penerbangan tambahan semakin banyak dibenarkan.
Selain itu, pelbagai laluan yang diperkenalkan oleh Batik Air Malaysia turut menyumbang kepada pemulihan antarabangsa.
"Pada September, syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan harian Melaka-Pekanbaru dan penerbangan dua kali seminggu ke Amritsar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," tambahnya.
Sementara itu, ia berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul masing-masing merekodkan 1.5 juta dan 1.4 juta penumpang antarabangsa dan domestik.
MAHB berkata, pada asas suku tahunan, suku ketiga 2022 (S3 2022) mencatatkan jumlah penumpang suku tahunan tertinggi sejak S2 2020 iaitu 24 juta penumpang atau 71 peratus pada paras prapandemik.
"Peningkatan ketara dalam pergerakan penumpang adalah disebabkan oleh kelonggaran bagi protokol perjalanan serantau, kekerapan penerbangan tambahan yang diberikan di lapangan terbang utama kepada syarikat penerbangan serta pembukaan semula lebih banyak sempadan negara.
"Dari segi penawaran pula, syarikat penerbangan terus mengaktifkan semula lebih banyak pesawat dan mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk menampung peningkatan dalam permintaan pada S3 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

MAHB berkata, pergerakan penumpang terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas melepasi lapan juta penumpang buat kali pertama sejak Mac 2020. - Gambar fail

#SuaraMalaysia: Menjelang Belanjawan 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Terima Suapan | Penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu. Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing. Tertuduh Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dalam daerah Tawau.

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Perodua sasar jual 5,700 unit model Axia serba baharu sebulan
Julat harga tentatif bagi model D74A di Semenanjung Malaysia tanpa insurans adalah di antara RM38,600 dan RM49,500 seunit.

Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

Russia's rescue crews in Syria pulling people alive from quake-hit buildings
Russian military personnel and Syrian civilians pulling man from collapsed house in Aleppo. Russian Emergencies Ministry team rescuing man in Jableh. Russian military delivering humanitarian aid to residents of Aleppo province.

AWANI Ringkas: KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

MAHB bantu mudah cara operasi penerbangan SAR di Turkiye
MAHB memberikan sepenuh komitmen untuk memudah cara semua penerbangan penyelamatan dan dan operasi kargo yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.

MAHB catat 83.9 juta penumpang pada 2022, naik 59.4 peratus
MAHB berkata angka itu menandakan tahun penuh pertama pemulihan trafik sejak penutupan sempadan pada Mac 2020.

Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.

Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang terus giat dilaksanakan - MAHB
MAHB berkata KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China hari ini dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA manakala dua lagi di KLIA2.

MAHB catat 7.8 juta pergerakan penumpang pada November 2022
Untuk 11 bulan pertama tahun ini, rangkaian lapangan terbangnya merekodkan 74.3 juta pergerakan penumpang, mencapai 57.9 peratus daripada paras dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.

Industri penerbangan Malaysia terus pulih tatkala 2022 hampir melabuh tirai
Industri juga mengalu-alukan kedatangan dua syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini

Sektor penerbangan catat kemajuan baik selepas negara tarik balik sekatan sempadan
Pembukaan semula pada April selepas ditutup selama dua tahun menjadi batu loncatan kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik.

MAHB catat 8.3 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2022
Pemulihan trafik Malaysia memberi sumbangan besar kepada peningkatan jumlah pergerakan penumpang kumpulan pada bulan tersebut, yang menyumbang 65 peratus daripada jumlah keseluruhan.

KLIA, LGK adalah lapangan terbang terbaik dunia pada suku ketiga 2022 - MAHB
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia.