awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB sedia bekerjasama tambah nilai lapangan terbang di Istanbul

Bernama
Bernama
19/05/2017
09:57 MYT
MAHB sedia bekerjasama tambah nilai lapangan terbang di Istanbul
Badlisham menegaskan MAHB akan kekal sebagai pemegang saham utama ISG, tetapi enggan menyatakan bila rancangan penjualan pegangan itu.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana rakan kongsi berpotensi untuk menyertai Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISG) miliknya dan menambah nilai kepada aset lapangan terbang itu.
Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata syarikat itu telahpun menokok nilai lapangan terbang tersebut dengan menambah trafik penumpangnya daripada empat juta antara tujuh dan lapan tahun lalu kepada 29 juta ketika ini.
"Apabila anda mempunyai lapangan terbang paling pantas berkembang di Eropah sejak enam tahun lepas, ia sudah pastinya menarik banyak perhatian.
"Bagaimanapun masih banyak yang perlu dilakukan, dan kami mengalu-alukan mana-mana rakan kongsi berpotensi untuk datang dan menambah naik kepada lapangan terbang itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Airport@ Community, di sini, hari ini.
Mengenai laporan rancangan MAHB untuk menjual pegangannya dalam ISG, Badlisham enggan mendedahkan butiran terperinci.
Bagaimanapun beliau menegaskan syarikat itu akan kekal sebagai pemegang saham utama ISG, tetapi enggan menyatakan bila rancangan penjualan pegangan itu.
Apabila ditanya sama ada TAV Havalimanlari Holding AS, pengendali lapangan terbang terbesar Istanbul, Ataturk International, merupakan antara pihak yang menghubungi MAHB bagi tujuan itu, Badlisham berkata, "Kami berbincang dengan ramai orang."
Ditanya sama ada MAHB meminta mana-mana bank untuk menjadi penasihat, Badlisham berkata satu pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai.
"Buat masa sekarang, ini hanya satu andaian sahaja. Ketika ini kami berpuas hati mengendalikan sendiri lapangan terbang itu," katanya.
Sementara itu, MAHB memperuntukkan RM150,000 bagi program Airport@ Community untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
Daripada jumlah itu, RM30,000 akan dibelanjakan bagi membaiki tiga rumah di daerah Sepang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badlisham Ghazali
#ISG
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan