Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.
Naib Presiden UMNO itu tiba pada jam 9.15 pagi dengan menaiki Honda Jazz berwarna putih bagi meneruskan prosiding siasatan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.
Semalam, Ahli Parlimen Padang Terap itu hadir memberi keterangan berhubung kes yang sama selama lapan jam di SPRM.
Beliau dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek bersepadu sistem solar photovoltaic, PV hibrid dan penyelenggaraan dan operasi genset diesel bagi sekolah di Sarawak.
Sebelum ini, media melaporkan Mahdzir bersama seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung siasatan projek berkenaan.
BACA: Mahdzir Khalid beri keterangan kepada SPRM
Difahamkan, Mahdzir dan individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pada 9 Julai lalu, bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.
Beliau keluar jam 12.30 tengahari dengan menaiki kereta Toyota Vellfire bernombor pendaftaran WB 58 E.
Astro Awani
Fri Nov 30 2018
Difahamkan, Mahdzir akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Astro AWANI
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Mahdzir tidak terima makluman dilantik ganti Shamsul Anuar sebagai Menteri Tenaga
Mahdzir Khalid tidak terima sebarang makluman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Mahdzir Khalid sekali lagi hadir di SPRM
Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.