Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bakal mengatur satu perbualan telefon antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar.
Perkara itu dimaklumkan Mahfuz hari ini selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ibu Sirul Piah Samad dan bekas Perdana Menteri itu, semalam.
Difahamkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Pertemuan itu juga difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.
"Saya harap Sirul akan dapat ceritakan segala-galanya kepada Tun melalui perbualan dalam telefon yang akan saya aturkan sekali lagi bersama dengan Tun.
"Saya percaya jika Sirul boleh ceritakan segala-galanya kepada Tun… maka saya percaya Tun tahu apa yang harus dia lakukan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS itu enggan memberi sebarang komen apabila ditanya sama ada beliau mengetahui segala rahsia yang dimiliki oleh Sirul.
"Saya tidak dapat memberikan apa-apa komen berkenaan persoalan tersebut.
“Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan Sirul," kata beliau lagi.
Menurut Mahfuz, Piah menaruh harapan kepada Tun Dr Mahathir supaya melakukan sesuatu bagi membantu anaknya memulakan hidup baharu.
Beliau juga menegaskan bahawa pertemuan tersebut terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan pihak media supaya sebarang halangan tidak berlaku.
Dalam pertemuan itu, katanya, Dr Mahathir menyarankan agar siasatan dijalankan memandangkan Sirul pernah berkhidmat dengan beliau.
"Tun juga mengulangi semalam adalah tidak wajar Sirul ke tali gantung apabila pengakuan yang dibuat… dia hanya menjalankan arahan… maka sewajarnya Tun mengatakan siasatan harus dilakukan semula,” katanya.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Haider Yutim
Thu Apr 09 2015
Mahfuz berkata Dr Mahathir menyarankan agar siasatan dijalankan memandangkan Sirul pernah berkhidmat dengan beliau. -Foto AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.