Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan pengumuman tersebut dan mendesak kerajaan supaya tidak terus menekan rakyat yang sudah banyak dihimpit kesusahan akibat pentadbiran yang lemah.
Katanya, sepatutnya kerajaan melihat permasalahan yang menyebabkan pemimjam tidak dapat membayar kembali pinjaman PTPTN bukan menghukum mereka dengan menyenarai hitamkan di Bank Negara.
"Kerajaan sepatutnya melihat kenapa pelajar-pelajar tidak dapat membayar kembali pinjaman PTPTN, cari puncanya bukan menghukum pelajar-pelajar yang sedang dalam kesusahan.
"Perlu dilihat apakah pelajar-pelajar ini selepas tamat belajar, apakah mereka mempunyai pekerjaan atau jika sudah bekerja adakah pendapatan mereka ini cukup untuk membayar balik pinjaman tersebut.
"Jika mereka tidak bekerja macam mana nak bayar pinjaman? Jadi kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang sewajarnya untuk memastikan mereka dapat membayar balik pinjaman yang telah dibuat," katanya ketika dihubungi astro Awani.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata jika kerajaan menyenaraihitamkan mereka yang tidak dapat membayar pinjaman PTPTN, ia akan membuatkan pelajar tersebut tidak dapat mencari peluang pekerjaan di luar negara.
"Kalau ada peluang pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lebih tinggi, pelajar-pelajar ini tidak dapat menerimanya kerana nama mereka disenarai hitamkan.
"Ini akan menjadikan pelajar tersebut hilang peluang untuk memdapat pekerjaan di tempat yang lebih bagus dengan gaji yang lebih tinggi.
"Jika perkara ini berlaku, PTPTN akan terus mengalami kerugian kerana peminjam tidak dapat membayar balik kerana pendapatan yang rendah dan peluang mereka untuk berhijrah dan mendapat gaji yang besar disekat kerajaan," katanya lag.
Mahfuz juga menegaskan PAS tetap berpendirian pinjaman PTPTN perlu dihapuskan dan di ganti dengan biassiwa yang mana ia tidak akan membebankan pelajar.
Pada Isnin, Menteri Pendidikan kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Idris ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS, peminjam PTPTN ingkar berkenaan akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.
Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pengumuman sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan.
Katanya, ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi.
"Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan.
"Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengumuman Idris itu juga tidak disenangi oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.
"Ia satu bentuk penindasan. Saya cabar Idris Jusoh tuntut hutang pinjaman itu terlebih dahulu melalui mahkamah terhadap pelajar Melayu dan bumiputera.
"Kerajaan kena ingat bahawa rakyat sudah ada pilihan. Rakyat boleh pilih pihak yang perjuangkan pinjaman itu dihapuskan atau pihak yang hendak CCRIS kan mereka," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.
Mengenakan CCRIS kepada peminjam, katanya, akan menyukarkan lagi golongan belia mencari punca pendapatan setelah mereka sukar mendapat pekerjaan dalam keadaan peluang pekerjaan semakin sempit sekarang ini.
"Silalah kumpulkan dari awal lagi kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar sejak 1 Julai 1997 sehingga 30 Jun lalu, dengan jumlah keseluruhan RM49.9 bilion.
Irwan Muhammad Zain
Tue Aug 20 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Isu MB: 'Mahfuz macam ahli politik biskut di Kedah' - Shaiful Hazizy
Mahfuz Omar diibarat ahli politik biskut di Kedah kerana kenyataannya yang mempertikai tugas serta kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Misi temukan ibu dan Sirul berjaya, kata Mahfuz
Bekas koporal polis, Sirul Azhar Umar, 44 kini disatukan kembali bersama ibunya Piah Samad, 72 hari ini di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney.
Phahrolrazi tiada dalam senarai calon MB Kedah?
PAS dikatakan meletakkan harapan kepada Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Hayati Osman untuk jadi Menteri Besar Kedah yang baru.