NEW DELHI: Mahkamah Agung India pada hari Isnin mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di wilayah Jammu dan Kashmir.
Panel lima hakim itu membuat keputusan itu selepas mendengar petisyen yang mencabar pembatalan status istimewa Jammu dan Kashmir yang dibuat pada tahun 2019.
Keputusan kerajaan itu membahagikan satu-satunya negeri berpenduduk majoriti Islam di India itu menjadi dua wilayah iaitu Jammu dan Kashmir yang kini ditadbir oleh kerajaan persekutuan bersama Ladakh.
Ketua Hakim D.Y. Chandrachud dalam keputusannya berkata Jammu dan Kashmir tidak lagi mempunyai status yang berbeza dengan negeri-negeri lain di India, dan peruntukan Perlembagaan India boleh dikenakan ke atasnya.
Beliau berkata Artikel 370 hanya merupakan peraturan sementara.
Negeri bekas wilayah kecil itu menjadi sebahagian daripada India melalui perjanjian penyertaan yang ditandatangani pada Oktober 1947 oleh pemerintah wilayah itu Maharaja Hari Singh.
Wilayah itu yang terpisah sejak persempadanan Asia Selatan pada 1947, dikuasai sebahagian oleh Pakistan dan India, dan dituntut oleh kedua-dua negara itu sepenuhnya.
Mahkamah tertinggi juga memerintahkan Jammu dan Kashmir memperoleh status negeri masing-masing secepat mungkin dan mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada 30 Sept tahun depan.
Wilayah itu kini ditadbir oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.
Perdana Menteri Narendra Modi dan parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) menyambut baik keputusan mahkamah itu.
"Keputusan Mahkamah Agung hari ini tentang pemansuhan Artikel 370 adalah bersejarah dan secara perlembagaannya mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Parlimen India pada 5 Ogos 2019," menurut Modi.
"Keputusan hari ini bukan sekadar penghakiman undang-undang, ia merupakan satu harapan, janji masa depan yang lebih cerah dan bukti keazaman kami secara kolektif untuk membina India yang lebih utuh dan bersatu," katanya.
Di Kashmir, pemimpin wilayah itu yang menyokong pemulihan status autonominya menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan itu.
Bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir Mehbooba Mufti menggesa penduduk Kashmir supaya tidak berputus asa kerana wilayah itu telah melalui banyak pasang surut dalam sejarahnya.
"Perjuangan kita untuk maruah dan martabat akan diteruskan. Ini bukanlah penghujung jalan bagi kami," katanya.
Kebanyakan penduduk Kashmir percaya bahawa pemansuhan autonomi wilayah itu akan mengancam identiti mereka yang tersendiri selain keseimbangan demografi.
"Kecewa tetapi tidak putus asa. Perjuangan akan diteruskan," kata Omar Abdullah, seorang lagi bekas ketua menteri.
"BJP mengambil masa beberapa dekad untuk sampai ke sini. Kami juga bersedia untuk perjalanan yang jauh," katanya merujuk kepada kempen nasionalis Hindu yang sudah lama menentang langkah perlembagaan yang memberikan hak autonomi kepadanya dalam tadbir urus tempatan.
Keputusan Mahkamah Agung itu meningkatkan prospek BJP dalam kempen pilihan raya parti itu tahun depan berikutan kempen parti itu untuk menamatkan autonomi Kashmir mendapat sokongan meluas, terutama di negeri-negeri berbahasa Hindi yang mempunyai jumlah kerusi parlimen yang besar.
Walaupun pengaturan asal bertujuan untuk membenarkan Jammu dan Kashmir kebebasan yang saksama dalam pentadbiran, kecuali dalam hal-hal seperti hubungan luar negeri, pertahanan dan komunikasi, autonomi rantau itu selama beberapa dekad terhakis lebih awal sebelum Artikel 370 dimansuhkan pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Wilayah itu yang terpisah sejak persempadanan Asia Selatan pada 1947, dikuasai sebahagian oleh Pakistan dan India, dan dituntut oleh kedua-dua negara itu sepenuhnya. - Gambar fail/REUTERS
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Agung India kekalkan keputusan tamatkan autonomi Kashmir
Mahkamah Agung India pada hari Isnin mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di wilayah Jammu dan Kashmir.
India haramkan amalan perceraian talak tiga
Mahkamah Agung India memutuskan amalan talak tiga dalam sistem perceraian Islam adalah tidak berlembagaan di negara itu.
Pelakon Bollywood Sanjay Dutt dipenjara lima tahun
Mahkamah Agung India jatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Sanjay Dutt kerana didapati bersalah menyimpan senjata api.