awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

Bernama
Bernama
19/04/2024
05:30 MYT
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 11 tahun terhadap Yameen pada 2022 oleh mahkamah rendah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram adalah tidak adil. - Gambar fail/ EPA
NEW DELHI: Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hukuman penjara 11 tahun terhadap Yameen pada 2022 oleh mahkamah rendah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram adalah tidak adil dan memerintahkan perbicaraan baharu.
Hakim Hassan Shafeeu yang mengetuai panel itu memutuskan keputusan yang mensabitkan bekas presiden itu adalah "di luar batas undang-undang," lapor media Maldives.
Keputusan itu dibuat di tengah-tengah aktiviti politik yang hangat ketika rakyat Maldivia akan mengundi pada Ahad untuk memilih Majlis Rakyat (parlimen) baharu.
Yameen, 64, tokoh terkemuka pembangkang dalam kempen "India Out", dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya presiden tahun lalu selepas disabitkan atas kesalahannya.
Beliau kemudian menyokong Mohamed Muizzu, yang merupakan Presiden sekarang, sebagai calon pembangkang bersama untuk mencabar presiden ketika itu Ibrahim Mohamed Solih.
Muizzu telah mengkritik kes yang dihadapi Yameen sebagai bermotifkan politik.
Yameen dipindahkan dari penjara ke tahanan rumah pada 1 Okt, sehari selepas Muizzu memenangi pilihan raya presiden.
Yameen berkhidmat sebagai Presiden antara 2013 dan 2018 di negara kepulauan yang terletak di lokasi strategik itu.
Tidak seperti dasar Solih "India first", Yameen dan Muizzu menggesa hubungan rapat dengan China dan mengurangkan pergantungan kepada India.
Kes dakwaan rasuah terhadap Yameen adalah berkaitan pajakan sebuah pulau untuk pembangunan pelancongan ketika beliau berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maldives
#Bekas Presiden
#Abdulla Yameen
#dakwaan rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan