KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri program sukarelawan di Filipina.
Hakim Izralizam Sanusi memberikan pelepasan sementara pasport itu dari hari ini hingga 11 Feb depan selepas mendengar hujahan peguam Farhan Maaruf, yang mewakili Siti Bainun, dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zilfinaz Abbas.
"Perkara pertama yang dinilai oleh mahkamah ialah sama ada terdapat asas untuk tertuduh melarikan diri. Saya berpendapat tiada risiko untuk pemohon melarikan diri dan berdasarkan rekod, pemohon tidak pernah gagal hadir di mahkamah dan sentiasa memberikan kerjasama.
"Setelah mempertimbang hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah membenarkan pemulangan sementara pasport bermula hari ini dan pemohon perlu menyerahkannya semula kepada mahkamah sebelum atau pada 11 Feb selain wang jaminan sebelum ini RM17,000 dinaikkan RM3,000 menjadikan keseluruhannya RM20,000," katanya.
Terdahulu, Farhan memaklumkan mahkamah bahawa pada 3 Jan lepas, Siti Bainun menerima jemputan daripada Cebu Madinah Mosque di Punta, San Remigio, Filipina untuk menghadiri program pembangunan komuniti selama seminggu dari 3 hingga 9 Feb.
"Pemohon menyertai program tersebut sejak 2014 dan kebiasaannya akan berkunjung ke sana pada minggu pertama bulan Ramadan setiap tahun sebelum pandemik COVID-19 melanda negara. Perbicaraan kes yang dihadapinya bermula awal Ramadan maka pemohon ingin menghadiri program itu lebih awal daripada biasa.
"Beliau perlu berada di sana bagi menguruskan wang sumbangan daripada individu di Malaysia. Pihak kami percaya wang sumbangan itu boleh diserahkan menerusi pemindahan wang namun pemohon perlu berada di sana bagi meyakinkan individu yang telah mengamanahkan wang sumbangan kepadanya supaya penerima menerima wang tersebut," katanya yang turut dibantu peguam M.Yalini.
Ditanya Hakim Izralizam mengapa permohonan itu difailkan petang semalam sedangkan Siti Bainun menerima jemputan pada 3 Jan lepas, Farhan berkata terdapat kesalahan pada isi kandungan dan anak guamnya menerima surat yang telah dikemas kini pada Rabu lepas.
Selain itu, beliau berhujah tiada risiko untuk anak guamnya melarikan diri kerana Siti Bainun memiliki segala-galanya di Malaysia seperti keluarga, perniagaan dan pekerjaan hakiki.
"Tambahan pula kes itu telah mendapat liputan media dan beliau perlu berada di Malaysia untuk menjawab segala pertuduhan serta membersihkan namanya, jadi tiada sebarang risiko untuk Siti Bainun melarikan diri," katanya.
Zilfinaz, yang dibantu oleh TPR Noor Shakira Aliana Alias, pula membantah permohonan itu kerana ia dikemukakan pada saat-saat akhir sedangkan Siti Bainun menerima jemputan lebih awal dan ini menunjukkan pemohon mengambil kesempatan untuk meraikan Tahun Baharu Cina sebelum program itu.
"Pada surat tersebut tidak dinyatakan tarikh tetap dan atur cara program, oleh itu dikhuatiri pemohon akan mengambil kesempatan," katanya sambil menambah Siti Bainun hanya peserta dan ketidakhadiran beliau tidak menjejaskan program itu.
Beliau berkata tarikh perbicaraan kes itu semakin hampir dan memandangkan jangkitan COVID-19 di Filipina menyaksikan peningkatan, ia membahayakan pemohon manakala kelancaran prosiding mahkamah akan terjejas sekiranya Siti Bainun dijangkiti wabak tersebut.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung selama 15 hari mulai 30 Mac dan 34 saksi pendakwaan dijangka memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri program sukarelawan di Filipina. - Gambar fail/BERNAMA

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum, di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada serta Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Polis akan rakam keterangan Siti Bainun siasat kematian Baby Adam
Polis akan memanggil Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi membantu siasatan inkuiri melibatkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam.

Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.

Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama - PM
Melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

Kes Bella: Rina nafi KPWKM tidak ambil tindakan
Datuk Seri Rina Harun berkata antara tindakan yang diambil adalah melucutkan hak penjagaan anak angkat, kepada Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, tahun lepas.

Kes Bella: Saksi nafi dibayar beri keterangan palsu di mahkamah
Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah.

Kes Bella: Mahkamah benarkan empat peguam lantikan TMJ ikuti prosiding kes
Empat peguam pemerhati itu ialah Datuk Khairul Anwar Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Kes Bella: 'Hubungan toksik, tiada keserasian' - Nurul Zahid minta adik putus hubungan dengan Siti Bainun
Rasa Dikhianati Selepas Kenenkan Adik Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Minta Adik Putus - -Hubungan Mereka Toksik, Tiada Keserasian-

Kes Bella: Nurul Hidayah akui pernah rapat, namun nafi keluarga lindungi Siti Bainun
Nurul Hidayah mengakui mereka mengenali dan rapat sebelum ini, namun mereka sekeluarga tidak melindungi Siti Bainun.

TMJ bertemu Rina Harun esok bincang isu kes Bella
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada Selasa.