awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah benarkan kerajaan lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan

Bernama
Bernama
24/01/2020
05:33 MYT
Mahkamah benarkan kerajaan lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan
Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie berkata permohonan pelucuthakan oleh pendakwaan memenuhi Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001.
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu dengan alasan bahawa pemohon (pendakwaan) berjaya membuktikan bahawa wang itu adalah hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Kerajaan berhak ke atas jumlah pokok dan faedah yang disimpan dalam satu akaun CIMB," kata hakim itu.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Nik Haslinie Hashim ketika ditemui di luar mahkamah berkata permohonan pelucuthakan oleh pendakwaan memenuhi Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan diwakili peguam Nurul Hazreen Ahmad Kamal.
Tindakan pelucuthakan itu berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya tahun lepas untuk memperoleh semula dana RM270 juta daripada 1MDB.
Dana itu didakwa dipindahkan dari akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada pihak ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#CIMB
#dana
#keganasan
#kerajaan
#Latheefa Koya
#lucut hak
#mahkamah
#menyalahi undang-undang
#Najib Razak
#pelucuthakan
#Rasuah
#SPRM
#UMNO
#UMNO Kelantan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan