KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian dan disiarkan akhbar Harakah, lima tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua dan berkata saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.
“Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri. Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baru.
“Oleh demkian, saya membenarkan permohonan defendan (Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah,” kata hakim.
Hakim juga memerintahkan setiap plaintif membayar kos tindakan RM50,000 kepada defendan.
Menjelaskan mengenai kos tersebut, Akhtar berkata sebagaimana beliau nyatakan, ini bukannya kes litigasi kepentingan awam, maka pihak terlibat tidak dapat menafikan perkara itu.
“Ini adalah kes remeh yang boleh membebankan sistem keadilan dengan proses litigasi yang tidak perlu.
“(Ungkapan) ‘see you in court’ (jumpa anda di mahkamah) kini menjadi ikutan (fesyen). Kita tidak boleh membiarkannya membawa kepada tindakan remeh, maka dengan itu saya akan mengenakan kos sebanyak RM50,000 terhadap setiap plaintif yang akan dibayar kepada defendan,” kata hakim.
Menjelas lanjut, Akhtar berkata dalam kes ini, salinan artikel Harakah juga tidak dikemukakan di mahkamah.
“Mahkamah dipandu kepada artikel dalam penerbitan lain yang ditulis semula dan didapati penuh bahaya kerana kita tidak tahu mengenai kandungan asal yang diperkatakan dalam artikel sebenar.
“Penghasilan semula artikel dalam bahasa Inggeris ini tidak jelas untuk menunjukkan bahawa artikel asal dalam akhbar Harakah sama ada ia ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain,” kata hakim.
Seterusnya, hakim menjelaskan bahawa tiada sebarang pernyataan yang didakwa dibuat oleh defendan merujuk kepada plaintif.
"Sebaliknya, ia merujuk kepada mubaligh Kristian. Plaintif tidak mewakilkan diri mereka sebagai mubaligh Kristian dalam saman ini," katanya.
Hakim juga menegaskan bahawa plaintif juga gagal menunjukkan bahawa saman itu difailkan demi kepentingan awam.
"Sesuatu saman itu tidak secara automatik menjadi kepentingan umum hanya kerana melibatkan tokoh masyarakat. Kata-kata yang kononnya dibuat empat tahun lalu, tidak dapat dibuktikan kenapa dan bagaimana ia boleh menjadi kepentingan umum sekarang," katanya.
Plaintif diwakili oleh peguam, R.Kengadharan dan Marcus Lee Min Lun sementara peguam, Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan mewakili Abdul Hadi.
Plaintif mengemukakan saman itu terhadap Abdul Hadi pada 9 Dis 2020, untuk meminta suatu pengisytiharan bahawa defendan tidak layak untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri, susulan kenyataan berbaur hasutan beliau terhadap penganut Kristian dan Mubaligh Kristian di Harakah, pada 18 Jan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
HAKIM: "Ini adalah kes remeh yang boleh membebankan sistem keadilan dengan proses litigasi yang tidak perlu." - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.