awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah dengar permohonan Najib batal saman PKR, 14 Dis

Bernama
Bernama
11/11/2015
07:32 MYT
Mahkamah dengar permohonan Najib batal saman PKR, 14 Dis
Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib (gambar) atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Dis untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam-peguam terbabit.
Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya.
Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat, anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Batu Tian Chua, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru Dr Dzulkefly Ahmad.
Selain Najib dan Tengku Adnan, mereka turut menamakan syarikat 1Malaysia Development Berhad dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan.
Topic Berkaitan
#batalkan
#Mahkamah Tinggi
#Najib Tun Razak
#PKR
#saman
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan