Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah 'Equanimity'.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris mengizinkan permohonan itu selepas posiding di dalam kamar dengan pihak berkaitan.

"Mahkamah telah mengizinkan perintah kepada kami untuk menjual kapal ... Langkah kami seterusnya ialah untuk menentukan kapal itu terjual kerana ia merupakan aset yang mengalami kemerosotan dan kos penyelenggaraannya sangat tinggi," Ong Chee Kwan, peguam bagi 1MDB dan anak syarikat iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berkata kepada pemberita.

"Lebih lama ia (kapal) disimpan, nilainya semakin menyusut setiap hari. Jadi kami mahu kapal itu terjual secepat mungkin," sambil menambah penjualan akan di jangka dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Zureen Elena Md Dom mewakili kerajaan.

Dalam notis permohonan, keempat-empat plaintif memohon penjualan kapal, bunker, minyak, pelincir dan barang lain yang boleh digunakan di atas kapal dilakukan menerusi tender awam atau perjanjian peribadi oleh sheriff atau pendaftar Mahkamah Admiraliti.

Keempat-empat pihak mahu pihak sheriff menerima bida atau tawaran untuk kapal dan bunker dan dana pembelian yang dibayar kepada sheriff hendaklah dalam matawang Dolar Amerika Syarikat atau euros atau Ringgit Malaysia.

Menurut mereka hasil penjualan kapal handaklah dibayar kepada mahkamah dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Malaysia yang diluluskan oleh pejabat Akauntan Negara.

Kapal mewah itu tiba di Pelabung Klang pada 7 Ogos setelah pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia.

BACA: Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?

Ia dirampas di Bali pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan oleh DoJ terhadap 1MDB.