KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan perintah larangan bersuara ke atas penerbit filem Mentega Terbang, Tan Meng Kheng yang melarangnya daripada membuat sebarang kenyataan atau komen berhubung kesnya yang sedang berjalan.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata pihak pendakwaan selaku responden dalam kes itu, gagal memenuhi bahawa terdapat risiko sebenar dan besar terhadap keadilan perbicaraan.
"Prosiding di hadapan Mahkamah Majistret tidak mendedahkan sebarang ancaman yang jelas atau akan berlaku terhadap keadilan perbicaraan. Tidak ada bahan di hadapan mahkamah untuk menunjukkan bahawa terdapat risiko yang nyata dan besar terhadap keadilan perbicaraan.
"Oleh itu, perintah larangan bersuara yang dikeluarkan oleh Majistret adalah tidak wajar dan perintah larangan ini diketepikan," kata hakim itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar mewakili responden manakala peguam N. Surendran bagi pihak Tan selaku pemohon.
Tan memfailkan permohonan semakan itu pada 18 Jan lepas bagi mencabar perintah larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret atas alasan larangan itu menyalahi undang-undang dan menyekat kebebasan bersuara.
Pada 17 Jan lepas, pengarah, Mohd Kairianwar, 32, dan penerbit, Tan, 36, didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu, tahun lepas.
Mereka didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pada 12.34 tengah hari 26 Feb 2023.
Mohd Khairianwar, yang juga penulis skrip dan Tan didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Khairianwar dan Tan masing-masing diikat jamin RM6,000 dan RM6,500 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai perbicaraan.
Majistret juga turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk perintah larang suara ke atas kedua-dua tertuduh daripada membuat sebarang komen atau kenyataan secara umum berhubung kes mereka sehingga kes selesai.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem itu, yang ditayang menerusi platform penstriman video, telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah larangan bersuara ke atas penerbit filem Mentega Terbang, Tan Meng Kheng (kanan) yang melarangnya daripada membuat sebarang kenyataan atau komen berhubung kesnya yang sedang berjalan. -Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Mahkamah ketepikan perintah larangan bersuara terhadap penerbit filem Mentega Terbang
Hakim berkata pihak pendakwaan selaku responden dalam kes itu gagal memenuhi bahawa terdapat risiko sebenar dan besar terhadap keadilan perbicaraan.
Mahkamah kekal perintah larangan bersuara terhadap pengarah, penulis skrip Mentega Terbang
Permohonan semakan berkenaan dibuat atas alasan larangan itu menyalahi undang-undang dan menyekat kebebasan bersuara.