KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan, untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu.
"Perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan adalah dibenarkan setakat responden (Wan Muhammad Azri) tidak membuat sebarang komen atau hantaran berkaitan dengan pertuduhan sehingga kes ini selesai," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh berkata perintah larangan itu penting bagi menghalang kekecohan berlaku, akibat komen yang dikeluarkan menyentuh mengenai pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
"Sebelum keadaan kecoh, kami membuat permohonan larangan bersuara kerana pihak yang terlibat dalam kes ini ialah Yang di-Pertuan Agong dan baginda tidak membuat sebarang komen dalam media sosial," katanya.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri memohon agar semakan itu ditolak, kerana permohonan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci berhubung kesannya kepada ketenteraman awam jika larangan bersuara tidak dikenakan terhadap anak guamnya.
Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada pukul 12 tengah hari, 29 April.
Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya. - Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Mahkamah perintah Papagomo tidak keluar kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya
Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.
Representasi Papagomo gugur pertuduhan ditolak, perbicaraan bermula 11 Julai
Representasi dikemukakan Papagomo untuk menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel ditolak Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Papagomo mengaku tidak bersalah tuduh kerajaan pro-Israel
Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa menyebut kata-kata menghasut pada jam 1 tengah hari, 8 November tahun lalu.
Polis nafi Papagomo ditahan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah menahan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo seperti yang didakwa pihak tertentu.
Papagomo didenda RM2,100 cederakan, sebut perkataan kurang sopan terhadap Syed Saddiq
Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2100 ke atas bekas Exco Pemuda UMNO Papagomo selepas didapati bersalah mencederakan Syed Saddiq dan menyebut perkataan kurang sopan dan menghina.
Papagomo umum berjuang bersama Tun M
Menurutnya, perjuangan tersebut adalah demi agama, bangsa, tanah air dan bukannya atas mana-mana parti politik.
Keputusan Papagomo bela diri atau dibebaskan diketahui hari ini
Papagomo berkata, kes tersebut sampai kepada peringkat keputusan selepas empat tahun dibicarakan.
Isu pemecatan: Papagomo sifatkan Asyraf Wajdi tidak jujur, putar belit fakta
Isu sebenar ialah kelantangan saya mengkritik Presiden yang mana dia (Asyraf Wajdi) sendiri hubungi saya untuk saya berhenti daripada kritik Presiden sebaliknya menyokong Presiden.