PUTRAJAYA: Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dibenarkan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 dan tambahan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur dalam rayuan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat yang lain untuk mengembalikan semula cadangan perintah pembangunan projek Taman Rimba Kiara.
Ia berikutan keputusan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Datuk Nallini Pathmanathan dalam memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.
Bagaimanapun, beliau berkata isu mengenai kerelevanan dokumen itu akan ditangani pada pendengaran rayuan itu.
Beliau juga berkata peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu bebas untuk menyangkal dokumen berkenaan.
Hakim Nallini yang bersidang bersama Hakim Puan Sri Zaleha Yusof dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, berkata dokumen itu dimasukkan dalam rekod rayuan dan oleh itu penduduk tidak perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan dokumen tersebut sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menolak permohonan kebenaran oleh penduduk untuk memasukkan dokumen berkenaan sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili penduduk, mahu Bab 6 LKAN 2019 Siri 2 yang diterbitkan dan dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Sept 2021 dan tambahan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang telah diterima pakai dan digazetkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 30 Okt 2018 untuk dimasukkan dalam rayuan.
Beliau berkata dokumen berkenaan relevan untuk menentukan rayuan, terutamanya berkaitan dengan isu sama ada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 mempunyai kesan undang-undang.
Pada 1 Sept tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd (MPSB), Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.
Mahkamah Rayuan pada 27 Jan 2021, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018 yang menolak semakan kehakiman oleh penduduk bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan dikeluarkan DBKL.
Penduduk memfailkan semakan kehakiman itu pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium, selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, MPSB dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan DBKL berhubung cadangan pembangunan bercampur termasuk lapan blok pangsapuri servis mewah dan pangsapuri 29 tingkat terdiri daripada 350 unit rumah mampu milik yang akan dibina di atas sebidang tanah yang merupakan sebahagian daripada taman awam yang dikenali sebagai Taman Rimba Kiara.
Peguam B. Thangaraj mewakili DBKL, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Khoo Guat Huat mewakili MPSB manakala Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan dan Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Hakim memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima. - Gambar hiasan

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

Tiada konflik kepentingan babitkan YWP dan DBKL dalam projek Taman Rimba Kiara - Peguam
Tiada konflik kepentingan yang membabitkan YWP dan DBKL apabila perintah pembangunan bagi cadangan projek Taman Rimba Kiara dikeluarkan.

Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.

Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara
Hakim memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.

Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu
DBKL dan tiga lagi memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.

Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP
Zaizalnizam berkata, sekiranya benar projek itu akan menjejaskan alam sekitar, mengapa menteri Pakatan Harapan sebelum ini tetap meneruskan projek itu.

Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.

Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.

Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet
Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet.