PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata mereka memerlukan masa untuk meneliti hujah yang dikemukakan dan akan memaklumkan pihak terbabit sebaik sahaja mereka bersedia memberikan keputusan.
Turut bersidang Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Puan Sri Zaleha Yusof.
Terdahulu, panel itu mendengar hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Mohamed Salleh, dan Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Mohd Rafizi.
Dalam prosiding yang berlangsung secara maya hari ini menerusi aplikasi Zoom, Muhammad Shafee memohon panel itu agar mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman fitnah Mohamad Salleh dan syarikatnya terhadap Mohd Rafizi serta memberikan ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh) dan syarikatnya.
Pada Mei 2019, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Mohd Rafizi untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.
Saman fitnah itu difailkan oleh Mohamad Salleh dan NFCorp pada 2013 berhubung kenyataan Mohd Rafizi dalam sidang media pada 7 Mac 2012 di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City Properties yang diterbitkan oleh Malaysiakini.
Muhammad Shafee berhujah bahawa kenyataan Mohd Rafizi dan dakwaan yang dilontarkan oleh bekas Naib Presiden PKR itu tidak terjumlah kepada komen yang adil manakala fakta dan persekitaran di mana komen itu dibuat menunjukkan tindakan melulu di pihak Mohd Rafizi.
Katanya memandangkan Mohd Rafizi mempunyai masa untuk menyediakan kenyataan akhbar itu, sudah tentu beliau juga mempunyai masa untuk menghubungi Mohamad Salleh untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Muhammad Shafee berkata Mohd Rafizi mengadakan sidang akhbar dan menyiarkan kenyataan yang mendakwa sebahagian daripada pinjaman yang diberikan kepada NFCorp untuk melaksanakan projek National Feedlot telah digunakan oleh Mohamad Salleh dan anak lelakinya sebagai leveraj bagi membiayai pembelian lapan unit pejabat KL Eco City.
Muhammad Shafee berkata Mohamad Salleh telah ditawarkan untuk membuat pinjaman oleh Public Bank namun beliau tidak mengambilnya yang menyaksikan bank itu membatalkan tawaran tersebut dan ini menunjukkan bahawa isu menggunakan wang terbabit sebagai leveraj tidak pernah timbul.
Beliau berkata kenyataan yang dikeIuarkan oleh Mohd Rafizi telah menyebabkan perniagaan, kredibiliti serta reputasi Mohamad Salleh terjejas dan hakikat ini tidak boleh disangkal.
Razlan Hadri pula memohon panel itu menolak rayuan tersebut kerana komen yang dibuat oleh Mohd Rafizi adalah adil dan mempunyai justifikasi.
Beliau berkata kesimpulan yang dibuat oleh Mohd Rafizi bahawa dana awam telah digunakan sebagai leveraj bagi pinjaman Public Bank adalah komen jujur yang akan dibuat oleh orang yang berfikiran waras.
Katanya isu yang mempunyai kepentingan awam perlu dibincangkan dan Mohd Rafizi mempunyai asas untuk menyatakan perkara itu selain tidak terdapat kelompongan fakta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli. - Gambar fail/BERNAMA
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
[TERKINI] Suri rumah didakwa bunuh tiga pelajar UiTM layak dibicarakan
Suri rumah yang didakwa menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Unversiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun layak dibicarakan dan memberi pengakuan.
Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.
Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Ia berkait dengan isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.
AWANI Ringkas: Penyanyi dikir barat, lima yang lain didakwa kes dadah01
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Sonos letak jawatan
Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.
Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan rayuan saman NFCorp terhadap Public Bank
Penangguhan dibuat selepas peguam yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan.
NFCorp dibenar penangguhan terakhir bagi rayuan, diperintah bayar kos RM5,000
Penangguhan prosiding rayuan ekoran peguam utama Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat.
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.
Audit gagal buktikan NFC beli hartanah guna pinjaman
Firma dilantik kerajaan, PwC gagal dalam membuktikan sumber dana firma ternakan lembu itu untuk pembelian hartanah adalah dari sumber wang pinjaman kerajaan.
Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.
Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.
NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.