PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mendapatkan writ habeas corpus bagi memastikan agar dia dibebaskan daripada tahanan.
Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Jalil membuat keputusan itu pada 23 Julai lepas.
Mereka mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus Md Sagahan yang ditahan susulan serbuan anggota Jabatan Imigresen pada 15 Nov 2023.
Semasa serbuan itu, perayu sedang mengira wang untuk membayar gaji pekerja di sebuah kabin yang digunakan sebagai pejabat bagi Sagahan Enterprise di Eastern Steel Sdn Bhd, Taman Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.
Barangan yang dirampas termasuk wang tunai sebanyak RM272,500, mesin kira wang, buku log gaji, kad tebuk dan salinan jadual kerja.
Pada 28 Nov 2023, Md Sagahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang memerintahkan dia ditahan untuk siasatan hingga 21 Dis tahun sama. Dia kemudian ditawarkan kompaun yang diterimanya dengan membayar RM300.
Pada 5 Dis tahun lepas, Ketua Pengarah Imigresen telah membatalkan pas kerja sementara Md Sagahan kerana melanggar syarat dengan bekerja sebagai juruwang dan bukan buruh binaan seperti yang dinyatakan dalam permitnya.
Pada hari sama, Ketua Pengarah Imigresen telah mengeluarkan Perintah Pengusiran di bawah Seksyen 56 Akta Imigresen terhadap Md Sagahan.
Susulan itu, Md Sagahan telah ditahan buat sementara di Depot Tahanan Ajil sebelum dihantar pulang ke negara asal pada 11 Dis tahun lepas.
Beliau telah memfailkan permohonan writ habeas corpus pada 7 Dis tahun lepas bagi mencabar tindakan Ketua Pengarah Imigresen, Komandan Depot Tahanan Imigresen Ajil di Terengganu, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia serta mendakwa pas kerjanya sah hingga 28 Ogos tahun ini dan majikannya adalah AHZ Bina Holding (M) Sdn Bhd.
Md Sagahan juga mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan Imigresen.
Pada 15 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan habeas corpusnya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani dalam keputusannya berkata Md Sagahan telah melakukan tiga kesalahan membabitkan pas kerjanya iaitu bekerja di luar kawasan ditetapkan tanpa kebenaran, bekerja sebagai juruwang dan bukannya sebagai buruh binaan serta bekerja dalam sektor lain berbanding bidang yang dibenarkan.
Mahkamah Tinggi meneruskan pendengaran permohonan habeas corpus Md Sagahan meskipun dia telah dihantar pulang kerana hakim berpendapat adalah menjadi kewajipan mahkamah untuk meneliti keseluruhan proses bagi menentukan sama ada tindakan yang diambil oleh Jabatan Imigresen adalah mengikut lunas undang-undang.
Md Sagahan diwakili peguam T. Harpal Singh manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohd Zain Ibrahim, Peguam Persekutuan Nuur Izham Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Imaan Ikhwan Wan Iskandar Mirza hadir bagi pihak Ketua Pengarah Imigresen, Komandan Depot Tahanan Imigresen Ajil di Terengganu, Menteri Dalam Negeri serta Kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Mahkamah Tinggi meneruskan pendengaran permohonan habeas corpus meskipun Md Sagahan telah dihantar pulang kerana hakim berpendapat menjadi kewajipan mahkamah meneliti keseluruhan proses bagi menentukan tindakan Imigresen mengikut undang-undang.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
SPRM tahan warga asing bergelar Datuk disyaki kemuka butir matan palsu RM1.1 juta
Menurut sumber, lelaki itu ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Warga Bangladesh maut disyaki dibunuh rakan serumah
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut disyaki dibunuh rakan senegara dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan, hari ini.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Wanita OKU diselamat selepas dipukul, diculik jiran warga Bangladesh
Seorang wanita OKU diculik, dipukulserta dikurung oleh dua lelaki warga Bangladesh yang juga jirannya di dalam sebuah bilik di Ayer Keroh.
Lelaki warga Bangladesh didakwa heret kucing sambil menaiki motosikal
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
Counter setting: Pengarah syarikat warga Bangladesh direman SPRM
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat warganegara Bangladesh yang disyaki menjadi ejen sindiket memberi rasuah membawa masuk warga asing menerusi 'counter setting'.
Pekerja kilang, anak tiri maut dalam perjalanan ke sekolah
Seorang pekerja kilang dan anak tirinya maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Kampung Pulau Mansok-Jerantut.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh
Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus Md Sagahan yang ditahan susulan serbuan Imigresen pada 15 Nov 2023.