awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
8,466 usahawan India terima manfaat program KUSKOP
MALAYSIA
Jadikan semangat tahun baharu 1447H untuk erat perpaduan, bina negara maju - Ahmad Zahid
MALAYSIA
Maal Hijrah 1447 detik permulaan hidup yang lebih diberkati dan bermakna - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk kebenaran merayu

Bernama
Bernama
26/06/2025
09:38 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk kebenaran merayu
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu sebulat suara.
Nordin, yang mengetuai panel itu, berkata tiada isu baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan rayuan Maria.
Beliau berkata isu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah diperjelas dalam kes-kes terdahulu termasuk cabaran seorang wanita terhadap status agamanya.
Panel itu berpandangan bahawa Maria gagal memenuhi prasyarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan notis tunjuk sebab itu pada 2019 selepas Maria, 68, membuat kenyataan mengenai keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara ke atas Emilia Hanafi iaitu bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin.
Faisal, melalui peguamnya, telah memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Maria di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan beliau telah dibenarkan oleh mahkamah.
Satu notis telah dikeluarkan kepada Maria pada 2019 yang memintanya memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dianggap menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.
Maria kemudian memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sivil pada 2021 dan menamakan Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan sebagai responden.
Pada 22 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi sivil telah membenarkan beliau memulakan semakan kehakiman namun keputusan itu telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Nov 2024 selepas membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pada April 2022, Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas Maria kerana menghina mahkamah.
Bagaimanapun, Maria tidak menghadiri prosiding tersebut kerana ketika itu beliau telah dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Faisal, memaklumkan media bahawa Maria perlu kembali ke Mahkamah Rayuan Syariah untuk merayu terhadap hukuman tersebut.
Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali hadir bagi pihak AGC manakala peguam Rosli Dahlan serta Bahari Yeow Tien Hong mewakili Maria.
Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak MAIWP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#Maria Chin Abdullah
#tolak permohonan
#kebenaran meray
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami