awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA

Hilal Azmi
Hilal Azmi
18/11/2015
02:06 MYT
Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA
Khairuddin (tengah kiri) dan Matthias Chang Wen Chieh (tengah kanan) sebelum ini menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.
Mahkamah turut membenarkan Khairuddin dan Matthias dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Khairuddin dan Matthias Chang Wen Chieh didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Wai Chan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura, antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Pada 19 Okt lepas Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini untuk mendengar kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mathias Chang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini untuk mendengar kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mathias Chang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sementara itu, Tun Dr Mahathir menganggap keputusan tersebut mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman negara.
"Saya sangat gembira dan berterima kasih. Saya sentiasa percaya bahawa hakim serta sistem perundangan sentiasa neutral berlandaskan undang-undang.
"Ia meningkatkan keyakinan rakyat dengan badan kehakiman. Dan saya harap ia kekal begitu," katanya ketika ditemui media selepas perbicaraan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Selain Tun Dr Mahathir, Khairuddin turut meluahkan rasa syukur dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin.
"Saya bersyukur kepada Allah, saya nak ucap terima kasih kepada Hakim yang memegang utuh sistem perundangan dan amat terharu dengan kehadiran Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah serta Tan Sri Sanusi Junid serta isteri.
"Saya tak mahu komen lebih tetapi saya takkan berhenti mencari kebenaran," kata Khairuddin selepas dilepaskan di depan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
#Khairuddin
#Mahkamah Tinggi
#Matthias Chang
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan