PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melakukan 'sujud syukur' selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 yang dijatuhkan ke atasnya kerana mengemukakan tuntutan palsu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan bahawa rayuan Abu Zahrim Ismail, 48, memiliki merit dan anggapan statutori di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terpakai dalam kes ini.
"Timbalan Pendakwa Raya telah menggesa agar mahkamah ini memerintahkan perbicaraan semula. Kami berpendapat perintah itu akan menyebabkan ketidakadilan dan memprejudis perayu (Abu Zahrim).
"Justeru, rayuan perayu dibenarkan dan perintah Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi diketepikan," kata Vazeer Alam yang bersidang bersama-sama Datuk Supang Lian dan Datuk Seri Mariana Yahya.
Beliau turut memerintahkan agar perayu dibebaskan daripada pertuduhan itu manakala denda dan jaminan yang sudah dibayar dikembalikan kepada Abu Zahrim, yang telah digantung perkhidmatan sejak 2013.
Hakim itu juga berkata Mahkamah Sesyen ketika memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan dan mengguna pakai Seksyen 50, telah mengenakan beban pembuktian lebih tinggi ke atas tertuduh yang mengakibatkan prejudis yang serius kepadanya dan mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Panel itu turut memutuskan bahawa keperluan agar perayu memberi penjelasan berhubung pertuduhan terhadapnya adalah di luar kehendak undang-undang.
"Undang-Undang hanya menghendaki perayu menimbulkan keraguan yang munasabah," kata Vazeer Alam.
Pada prosiding itu, Abu Zahrim diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan M. Athimulan manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke.
Pada 27 Ogos 2018 , Abu Zahrim dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah mengemukakan tuntutan palsu.
Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 10 Mei 2019.
Abu Zahrim dituduh mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembelian 28 unit beg jenama Deuter 75 liter dan 60 unit beg jenama Dry Pack 30 liter.
Dia didakwa memperdayakan ketua pengarahnya berhubung pembekalan beg sandang bernilai RM23,400 menggunakan syarikat Baraplas Kreatif Enterprise di Pejabat Penguasa Perhilitan Taman Negara di Jerantut pada 28 Nov 2013.
Abu Zahrim didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Abu Zahrim dituduh mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembelian 28 unit beg jenama Deuter 75 liter dan 60 unit beg jenama Dry Pack 30 liter. - Gambar/ Bernama

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis kemuka keterangan lanjut dalam rayuan
Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham s

Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.

Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan
Hari ini kira-kira 200 briged Pemuda MIC berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak menyerahkan memorandum.

Hukuman gantung Nagaenthran: Kumpulan hak asasi serah memorandum kepada KDN
ADPAN menyerahkan memorandum kepada KDN bagi menggesa rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam yang akan dihukum gantung sampai mati di Singapura dibawa pulang ke Malaysia meneruso ITOP.

Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung artikel sebuah portal berita
Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang memuat tuduhan palsu dan berniat jahat.

Pesawah petik kes Najib, berjaya tangguh hukuman penjara sementara tunggu rayuan
Kes Najib yang disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah tetapi diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuannya selesai.