awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman 8 tahun penjara ke atas bekas pemandu bas sekolah kerana meliwat

Bernama
Bernama
20/09/2023
13:03 MYT
Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman 8 tahun penjara ke atas bekas pemandu bas sekolah kerana meliwat
Panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada kesalahan itu. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara ke atas seorang bekas pemandu bas sekolah yang disabitkan dengan tiga pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dalam kenderaannya tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M.Komathy Suppiah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan Kassim Tahir daripada kesalahan itu.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Hadhariah berkata sabitan ke atas kes itu dikekalkan.
Hadhariah berkata mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas setiap pertuduhan dan menggantikannya dengan penjara lapan tahun untuk setiap pertuduhan berjalan secara serentak.
Beliau juga berkata hukuman sebat yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas Kassim bagi setiap pertuduhan diketepikan.
Hadhariah juga memerintahkan Kassim untuk memulakan hukumannya mulai hari ini dan berkata hukuman lapan tahun penjara itu akan mengambil kira tempoh lelaki itu ditahan sebelum ini.
Terdahulu, Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi terkilaf dalam menjatuhkan hukuman bahawa siasatan permulaan sepatutnya dilaksanakan sebelum Mahkamah Sesyen menerima bukti daripada mangsa.
Pada 16 Julai 2019, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Kassim dengan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Kassim diperintahkan menjalani hukuman secara serentak. Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan Mahkamah Sesyen dengan membebaskan dan melepaskan lelaki itu.
Menurut kertas pertuduhan, Kassim melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bas di Ulu Tiram, Johor pada pukul 8 malam antara April 2016 dan Mei 2016.
Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli berhujah bahawa perlu bagi Hakim Mahkamah Sesyen untuk melaksanakan siasatan permulaan di bawah Seksyen 133A Akta Keterangan kerana mangsa bukannya kanak-kanak yang masih mentah kerana ketika memberi keterangan terperinci mengenai apa yang diperlakukan Kassim terhadapnya mangsa sudah berusia 14 tahun.
Semasa mitigasi, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Che Muji Che Noh yang mewakili Kassim berkata anak guamnya menghidap penyakit buah pinggang dan merayu mahkamah untuk meringankan hukuman penjara yang akan dijatuhkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pemandu bas sekolah
#meliwat
#hukuman penjara
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan