PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan seorang bekas anggota tentera diberi ganti rugi RM300,000 akibat penahanan dalam lokap oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada Ogos 2014 hingga Julai 2015.
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong.
"Mahkamah mendapati Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas tersilap membuat tafsiran mengikut Seksyen 96(3) Akta Angkatan Tentera 1972 sebelum memutuskan ganti rugi berkenaan kepada Mohamad Maliki Abdul Halim (responden).
"Oleh itu, kami membenarkan rayuan (kerajaan) dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," kata Hakim Azizah yang turut memerintahkan Mohamad Maliki membayar kos RM40,000 kepada kesemua perayu.
Selain kerajaan, perayu lain ialah Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera.
Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Nur Ezdiani Roleb mewakili kesemua perayu manakala responden diwakili peguam Shaharuddin Mohamed.
Pada September tahun lepas, Mohamad Abazafree mengarahkan Mohamad Maliki, 35, diberi ganti rugi am, khas dan teladan teruk secara global sebanyak RM300,000 selepas mendapati penahanan dibuat ke atas lelaki itu adalah tidak sah dan berlaku kepincangan dalam prosedur tindakan tatatertib dibuat secara semberono.
Pada Mei 2018, Mohamad Maliki selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia; Panglima Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Menerusi pernyataan tuntutan, Mohamad Maliki mendakwa beliau ditahan secara salah selepas didapati positif dadah dalam satu operasi pencegahan di Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.
Dakwanya, akibat penahanan salah tersebut haknya bersama isteri serta kehidupannya terjejas.
Mohamad Maliki ketika itu bertugas sebagai anggota Renjer Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja Kem Desa Pahlawan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong. - Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan bekas tentera diberi ganti rugi RM300,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang bekas tentera diberi ganti rugi RM300,000 akibat penahanan dalam lokap oleh ATM.
Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera
Belgium melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw negara
Seri Paduka Baginda berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
Lelaki serang anggota tentera dengan parang di Kem Gerik, maut ditembak
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.