Mahkamah Syariah negeri Perak menjadi yang pertama di negara ini menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik (e-payment) untuk orang ramai, sekali gus mengurangkan pembayaran secara aliran tunai.
Inisiatif dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad itu merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan, kata Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah negeri Perak, Datuk Asa'ari Mohd Yazid.
"Kalau di Mahkamah Syariah, dalam kes-kes jenayah, apabila seseorang itu dijatuh hukum oleh mahkamah, antara lain hukumannya ialah, dia perlu bayar denda. Itulah antara pembayarannya.
"Ia termasuk kes khalwat, kes judi, kes minum minuman memabukkan dan sebagainya. Kalau mahkamah jatuhkan hukuman dengan denda, maka boleh bayar secara e-payment.
"Kaedah pembayaran secara tunai masih diterima di negeri ini, tetapi kalau boleh, kita hendak galakkan pembayaran tanpa tunai atau cashless," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran e-payment Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Negeri Perak-Bank Islam Malaysia Berhad, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengurus Besar Deposit dan Pengurusan Tunai Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Noor Jab.
Sehingga kini, terdapat sembilan Mahkamah Syariah di seluruh Perak.
Dalam pada itu, Mohd Noor berkata, kerjasama ini menyediakan perkhidmatan secara atas talian menerusi JomPay, SnapNPay dan mesin kad kredit kepada pengguna.
Katanya lagi kaedah itu turut bersesuaian dengan situasi semasa wabak COVID-19 yang menyebabkan orang ramai mula beralih kepada pembayaran secara elektronik.
"Melalui perkhidmatan ini, denda yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah di seluruh negeri Perak boleh dibayar secara online.
"Ia satu lagi pilihan kepada mereka yang terlibat, di samping tunai yang masih dilaksanakan," katanya.
Aida Aziz
Fri Jun 26 2020

Asa'ari (tengah) melancarkan pembayaran secara elektronik Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Perak-Bank Islam Malaysia Berhad, di Ipoh, hari ini. - Astro AWANI

Kawasan pencarian dua nelayan dikhuatiri lemas diperluas
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, operasi turut mendapat bantuan unit udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nelayan tempatan.

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

Penumpang pesawat Filipina diwajibkan pakai PPE
Arahan tersebut dilaksanakan selepas kes di negara itu menunjukkan lonjakan sehingga lebih 500,000 kes.

COVID-19: Pengedaran vaksin tidak saksama ancaman buat negara miskin - WHO
Pewujudan vaksin dalam masa setahun adalah pencapaian yang baik, namun pengedaran yang tidak saksama mewujudkan risiko peningkatan ketidaksamarataan antara negara kaya dan miskin.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 95 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24 juta kes.

COVID-19 ragut nyawa lebih 2.03 juta di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 398,000 kes.

Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19
Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat.

Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan
Kebakaran itu bagaimanapun telah pun dipadamkan dan ia dilaporkan tidak memberi sebarang ancaman kepada orang ramai.

Penerbit tersenarai di kawasan PKP, PKPB hanya boleh adakan mesyuarat secara maya sepenuhnya - SC
Penerbit tersenarai yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya boleh mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya.

Pas tangguh semua program parti di Perlis
Arahan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

Apakah isu rakyat masih isu sastera?
Munculnya istilah ini menghapuskan realiti lama dengan istilah klasik "miskin pedalaman".

MAHB tawar pakej bantuan baharu kepada peruncit
Menggantikan tawaran yang diumum pada September, yang mana penyewa runcit diberi rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.

Geran Khas Prihatin berkesan, perlu ditambah lagi
Prof Dr Azmawani Abd Rahman berkata, aliran tunai dalam kalangan peniaga amat penting dan jika ia terjejas, boleh membawa kepada 'gulung tikar'.

Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021
Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.

Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.

British Airways jual koleksi seni untuk dapatkan dana
Syarikat itu berkata koleksi berkenaan merangkumi karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig, satu daripadanya dipercayai bernilai lebih US$1 juta.

Singapura umum langkah sokong tuan tanah hadapi kekangan aliran tunai
Langkah ini akan membantu tuan tanah dengan komitmen pinjaman mereka yang sedia ada dan meringankan keperluan aliran tunai.

Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020
Penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.

RM100 juta untuk biaya syarikat pemula
Syarikat pemula atau startup yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kini boleh menarik nafas lega.

Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang
Penguatkuasaan akta sedemikian disifatkan amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang.