awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2021
08:29 MYT
Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dipercayai sebagai sebahagian daripada perbualan antara Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Razak. - Gambar ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menerima rakaman audio “Can I advise you on something” untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.
Rakaman audio yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dipercayai sebagai sebahagian daripada perbualan antara Rosmah dan suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohamed Zaini membuat ketetapan berhubung penerimaan audio berkenaan untuk menjadi bukti dan menandakannya sebagai IDP36 manakala transkripnya pula ditanda sebagai IDP163.
BACA: Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
BACA: Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Rakaman itu dimainkan pihak pendakwaan dalam perbicaraan ketika bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan.
Hakim selepas itu memerintahkan Rosmah untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Bela Diri | Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah
Keputusan itu dibuat selepas hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie dalam kes tersebut.
Sementara itu peguam yang mewakili Rosmah, Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya kecewa dengan keputusan mahkamah pada Khamis.
“Dia (Rosmah) tidak bercakap, emosi dia terganggu dan dia agak kecewa.
“Kami minta Rosmah untuk pulang ke rumah untuk kurangkan stres,” katanya lagi.
Mahkamah menetapkan 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk sesi pembelaaan kes berkenaan.
[TERKINI] Mahkamah arah Rosmah Mansor bela diri
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Rasuah
#bela diri
#Najib Razak
#Mahdzir Khalid
#SPRM
#Perdana Menteri
#mahkamah
#menteri
#isteri bekas PM
#advise
#audio
#rakaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan