awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam

Fareez Azman
Fareez Azman
18/02/2021
03:58 MYT
Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Peguam Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya Datin Seri Rosmah Mansor tertekan dengan keputusan mahkamah pada Khamis. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Peguam yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya kecewa dengan keputusan mahkamah pada Khamis.
“Dia (Rosmah) tidak bercakap, emosi dia terganggu dan dia agak kecewa.
“Kami minta Rosmah untuk pulang ke rumah untuk kurangkan stres,” katanya lagi.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Rosmah membela diri setelah mendapati wujud prima facie berhubung tiga dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Rosmah berhadapan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan lain menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah sebelum itu dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh semasa keputusan dibacakan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Dia bagaimanapun memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk sesi pembelaaan kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Jagjit Singh
#emosi terganggu
#prima facie
#tiga dakwaan rasuah
#Jepak Holdings
#Saidi Abang Samsudin
#projek hibrid solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan