awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Thailand akan putuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia akan diekstradisi

Bernama
Bernama
22/12/2022
15:59 MYT
Mahkamah Thailand akan putuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia akan diekstradisi
Mahkamah Thailand akan memutuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat akan diekstradisi, selepas Malaysia turut memfailkan permohonan ekstradisi ke atas usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu pada 20 Dis.
BANGKOK: Mahkamah Thailand akan memutuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat akan diekstradisi, selepas Malaysia turut memfailkan permohonan ekstradisi ke atas usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu pada 20 Dis.
Permohonan ekstradisi Malaysia didengar oleh Mahkamah Jenayah Bangkok pada Khamis.
Peguam Juti Suanraksa berkata pasukan pembelaan akan menyerahkan dokumen diperlukan untuk dia diekstradisi ke Malaysia.
"Kami ingin mengetahui mengapa Teow mesti diekstradisi ke China. Jika semuanya berjalan lancar, peluang Teow kembali ke Malaysia adalah tinggi," katanya kepada Bernama.
Teow ditahan pada 21 Julai tahun ini dan pada 1 Ogos dimaklumkan dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di China kerana menipu pelabur menerusi skim pelaburan meragukan.
Dia sedang dicari oleh Malaysia dan China dengan China terlebih dahulu memohon dia diekstradisi ke negara berkenaan.
Juti berkata pasukan peguam hari ini turut mempersoalkan mengapa sejak penahanannya Teow tidak pernah dimaklumkan mengapa visanya dibatalkan.
Teow, pengasas Kumpulan MBI, berada dalam tahanan Polis Imigresen Thailand lebih 150 hari selepas visanya dibatalkan pada 21 Julai. Sejak itu, dia menunggu pengusiran oleh pihak berkuasa Thailand.
Polis Beijing juga dilaporkan mahu dia disoal siasat susulan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.
Pada 25 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata pasukan itu dalam proses memohon agar Teow diekstradisi ke Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Pada 4 Dis, penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn berkata Teow akan dihantar pulang sebelum akhir bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teow Wooi Huat
#ahli perniagaan malaysia
#Mahkamah Thailand
#esktradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan