Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berhubung penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai keperluan untuk mendengar permohonan itu berikutan Maria telah dibebaskan daripada tahanan SOSMA semalam.
Katanya, mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan merit dalam permohonan itu kerana responden tidak mengemukakan sebarang afidavit jawapan berhubung permohonan Maria, apatah lagi membuat keputusan terhadap ganti rugi seperti yang dipohon peguam.
"Oleh yang demikian, permohonan untuk habeas corpus dibatalkan," katanya yang turut memaklumkan mahkamah menerima surat daripada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan Maria, semalam.
Terdahulu, peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Maria, dalam hujahannya berkata walaupun Maria telah dibebaskan, pihaknya tetap mempersoalkan sama ada penahanan itu salah di sisi undang-undang atau sebaliknya dan turut memohon ganti rugi berhubung penahanan anak guamnya di bawah SOSMA.
Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Hashim mewakili semua responden, dalam hujahannya berkata permohonan habeas corpus itu tidak lagi menjadi isu dan menjadi akademik kerana pemohon telah dibebaskan.
"Isu berhubung ganti rugi harus dibuktikan dan bukan hanya dikemukakan melalui afidavit," katanya.
Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu pada 22 Nov lepas, dengan menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Supt Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Maria memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta, dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu, tidak ditangkap atau ditahan semula atas alasan atau berkaitan serta tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA.
Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu lepas.
Sementara itu, Maria, yang hadir di mahkamah, memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu secepat mungkin.
Katanya beliau ada menerima ugutan dalam nota yang tertulis "Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family" beserta sampul surat mengandungi sebutir peluru berukuran 0.45mm yang diletakkan atas meja di pejabatnya di Petaling Jaya.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung ugutan itu. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016
Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu pada 22 Nov lepas. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.