awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tinggi tolak permohonan Maria Chin cabar SPR

Bernama
Bernama
24/11/2016
11:33 MYT
Mahkamah tinggi tolak permohonan Maria Chin cabar SPR
Mahkamah Tinggi mendapati permohonan Maria Chin Abdullah tidak mempunyai kes untuk dihujah. - Astro AWANI / Shahir Omar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.
Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati permohonan Chin tidak mempunyai kes untuk dihujah.
"Pemeriksaan terhadap kenyataan pemohon akan menunjukkan bahawa asas bagi cabaran yang dikemukakan pemohon terletak sepenuh dan seluruhnya pada fakta bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak memasukkan butiran terperinci mengenai daratan kawasan dicadangkan dalam notis berkenaan," katanya.
Dengan merujuk kes SPR lwn See Chee How & Another, beliau berkata Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpendapat bahawa Seksyen 4(a) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan tidak mewajibkan SPR memasukkan dalam notis berkenaan keterangan tentang daratan kawasan yang dicadangkan.
Menurutnya, Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa langkah memasukkan jumlah pemilih bagi setiap kawasan ke dalam notis terbabit, seperti yang disyaratkan jadual berkenaan, sudah memberi maklumat secukupnya bagi seseorang pengundi tentang kewajaran yang diberi SPR.
Azizul Azmi berkata sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau tidak nampak bagaimana pemohon (Chin) boleh mewujudkan satu kes kukuh untuk dihujah.
Bagaimanapun, beliau mendapati bahawa permohonan Chin tidak bersifat remeh kerana mengambil kira hakikat bahawa pemohon juga adalah seorang pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan dan mempunyai locus standi secukupnya untuk mengemukakan permohonan itu.
Hakim itu menolak permohonan Chin, tanpa memerintahnya membayar kos.
Peguam Syahredzan Johan mewakili Chin, manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi SPR.
Chin, yang juga pengerusi jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), memfailkan permohonan untuk mengubah keputusan atau tindakan SPR mengeluarkan notis syor bagi cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan.
Beliau juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dimulakan SPR melalui notis berkenaan adalah tidak sah dan terbatal.
Topic Berkaitan
#Maria Chin
#persempadanan semula
#Petaling Jaya Utara
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan