awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar

Bernama
Bernama
18/12/2024
13:00 MYT
Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah, enam tahun lalu. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Hassan Ghani menolak rayuan yang difailkan Zariman Ibrahim, 44, dan mengekalkan hukuman penjara selama dua bulan dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda, yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Ogos tahun lepas.
Hakim turut mengarahkan Zariman menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Zariman didapati bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang berjumlah RM4,500 melalui akaun peribadinya daripada Nor Hashimi Hassan yang mengetahui ia mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Kesalahan tersebut dilakukan pada 4 Sept 2018 ketika dia berkhidmat sebagai penjawat awam gred J41.
Terdahulu peguam tertuduh, Mohd Zamri Md Jail memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan dengan menggantikan hukuman penjara kepada denda.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Farah Yasmin Salleh memohon hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan, kerana ia mampu menjadi pengajaran bukan sahaja kepada pesalah, tetapi juga kepada orang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#SPRM
#penjawat awam
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan