PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Parlimen dan pengundi Pandan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan bagi mencabar permintaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Datuk P. Nallini dan bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, hari ini, menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar tanpa perintah mengenai kos.
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Nallini berkata PRU15 telah selesai dan kerajaan baharu ditubuhkan dan Parlimen telah bersidang.
Beliau berkata mahkamah terpaksa menggunakan budi bicaranya untuk mengekalkan bantahan awal oleh kerajaan, Ismail Sabri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurutnya, keadaan semasa kerajaan baharu tidak boleh wujud tanpa permintaan awal untuk pembubaran Parlimen, sambil menambah bahawa tidak mungkin untuk memisahkan keputusan daripada peristiwa yang bermula dan berlaku daripada permintaan pembubaran itu.
Dalam notis usul masing-masing memohon kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, Santiago dan Syed Iskandar telah membangkitkan beberapa persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Kedua-dua mereka memfailkan tindakan undang-undang secara berasingan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan SPR mengadakan PRU15.
Bagaimanapun, pada 28 Okt tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak kes tersebut dan rayuan mereka juga turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 15 Nov tahun lalu, justeru mereka memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
Pada prosiding dalam talian, Peguam Persekutuan Low Wen Zhen dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mewakili Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan SPR, berhujah bahawa mahkamah tidak seharusnya memberikan kebenaran kerana perkara itu telah menjadi akademik.
Low berkata PRU15 telah diadakan dan keputusannya telah diumumkan serta diwartakan dan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov, tahun lepas selepas Pernbincangan Khas Raja-Raja Melayu dan selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan peguam Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar masing-masing mewakili Syed Iskandar dan Santiago.
Sri Ram berhujah bahawa mahkamah perlu memberi kebenaran kerana persoalan undang-undang yang dicadangkan berkaitan sama ada permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen adalah wajar.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu akan memberi panduan kepada penasihat undang-undang kepada kerajaan jika cabaran serupa berulang pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Panel tiga hakim menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar tanpa perintah mengenai kos. - Gambar fail/BERNAMA

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

Belia Muslim dan Kristian berbuka puasa bersama
Puluhan belia Muslim dan Kristian di Burkina Faso berkumpul bersama-sama dalam satu majlis berbuka puasa sekali gus usaha mempromosikan semangat toleransi beragama.

Anggota BTS, J-Hope bakal sertai khidmat tentera
Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu pada Ahad.

Kes VLN Zahid: Pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Mei bagi pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN

SRC International: Peguam Najib kecewa, beri gambaran 'episod' belum berakhir
Muhammad Shafee Abdullah menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan anak guamnya untuk menyemak keputusan.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

SRC International: 'Najib sendiri penyebab gagal rayuannya' - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib sendiri sebenarnya menjadi penyebab prosiding rayuan bagi kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tidak didengar oleh panel hakim terdahulu.

Saman fitnah Teresa Kok: Jamal Yunos diperintah deposit RM300,000 sementara selesai rayuan
Datuk Seri Jamal Md Yunos diperintahkan supaya mendepositkan RM300,000 ke dalam akaun peguam Teresa Kok dalam tempoh 21 hari mulai hari ini, sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bekas pelajar kejuruteraan terlepas hukuman gantung
Seorang bekas pelajar kejuruteraan awam hari ini terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Kerajaan hormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan
Kerajaan mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan serta pertimbangan Ketua Hakim Negara berhubung siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan penganalisis politik berhubung kes saman
Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan penganalisis politik Dr Kamarul Zaman berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap Khalid Abdul Samad.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.