awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan injuksi halang Shafie Apdal bertanding

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
08/05/2018
05:25 MYT
Mahkamah tolak permohonan injuksi halang Shafie Apdal bertanding
Dari kiri, Mohd Ainal, Chung dan Lin di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini. - Astro AWANI
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan Datuk Mohd Ainal Fattah yang memfailkan injuksi bagi menghalang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dan mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati injuksi yang difailkan Mohd Ainal tidak melanggar peraturan pilihan raya.
Hakim Azhari Kamal Ramli mengarahkan Mohd Ainal membayar ganti rugi RM10,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan RM10,000 kepada Shafie.
Dalam prosiding hari ini, Mohd Shafie diwakili peguam Datuk Doughlas Lin dan Chung Jing Dau manakala SPR diwakili Peguam Persekutuan Kanan Andi Razali dengan dibantu oleh Dorine Patrick, dan Mohd Ainal diwakili peguam Marcel Jude Joseph.
Terdahulu, Mohd Ainal memfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan SPR supaya menolak jika Mohd Shafie dicalonkan di sebarang kerusi pada PRU14.
Beliau turut memohon injunksi mandatori terhadap pencalonan Mohd Shafie pada PRU14 sehingga wang RM7.5 bilion yang didakwa hilang ketika bekas Naib Presiden UMNO itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dikembalikan, yang mana kes berkenaan masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 19 Oktober tahun lalu, Shafie ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam projek luar bandar di Sabah.
Beliau juga telah direman selama lapan hari sebelum dibebaskan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM80,000 deposit.
Topic Berkaitan
#calon
#Kota Kinabalu
#mahkamah
#MalaysiaMemilih
#pilihan raya umum
#PRU14
#Shafie Apdal
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan