KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu anak syarikatnya, bagi menghalang beliau daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah US$681 juta (RM3.2 bilion).
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad hari ini memutuskan bahawa injunksi itu perlu dikekalkan sehingga saman 1MDB selesai.
Injunksi Mareva ialah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.
Pada 8 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) bagi injunksi Mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) iaitu plaintif pertama dan kelima dalam saman terhadap Najib dan beberapa individu lagi.
Injunksi itu turut mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukan untuk perbelanjaan sara hidup serta guaman namun sekiranya jumlah lebih banyak diperlukan, beliau perlu mendapat kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.
Dalam keputusannya, hakim itu berkata mahkamah mendapati plaintif (1MDB dan anak syarikatnya) mempunyai kes yang boleh dipertikaikan terhadap defendan (Najib) bahawa beliau mempunyai aset dalam bidang kuasanya, yang terdapat risiko aset dipindahkan atau hilang sebelum penghakiman diperoleh.
Beliau berkata plaintif telah mematuhi Perintah 29 peraturan 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dalam memenuhi kewajipan untuk membuat pendedahan penuh dan telus kepada mahkamah ini pada masa mereka membuat permohonan ex-parte.
“Najib, sebagai pengarah bayangan, mempunyai tugas fidusiari yang sama seperti pengarah rasmi. Kewajipan ini termasuk bertindak dengan jujur dan tidak mendahulukan kepentingan peribadi berbanding kepentingan syarikat,” katanya sambil menambah bahawa Najib melanggar kewajipan ini dengan mengalihkan dana, terutamanya US$681 juta daripada bon US$3 billion ke dalam akaun peribadinya.
Hakim itu juga berkata plaintif telah menunjukkan bahawa Najib, semasa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, melakukan penyelewengan dalam jawatan dengan menyalahgunakan kuasanya.
“Secara khusus, beliau mengarahkan diwujudkan bon 2013, yang mengakibatkan penyelewengan US$1,592,311,599 termasuk pemindahan US$681 juta ke akaun peribadinya. Ini dilakukan sama ada dengan niat jahat atau cuai, menjejaskan plaintif dan orang awam,” kata hakim.
Hakim itu juga menegaskan bahawa Najib sebelum ini telah memberikan akaun “tidak konsisten” mengenai RM114 juta yang dirampas oleh pihak berkuasa di Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum 2018 dan Najib telah mendakwa bahawa RM114 juta itu adalah untuk UMNO.
“Sekiranya dana itu benar-benar dipegang sebagai amanah untuk UMNO, defendan, yang bukan lagi presiden parti, sepatutnya mengambil langkah untuk memindahkan dana itu kepada parti. Sebaliknya, bukti menunjukkan wang itu diterima oleh wakilnya, menunjukkan jagaan peribadi dan bukannya tanggungjawab fidusiari,” katanya.
Hakim berkata Najib juga gagal membuat pendedahan penuh asetnya, seperti yang dikehendaki di bawah terma injunksi.
"Analisis kritikal terhadap kelakuannya, terutamanya mengenai kegagalan membuat pendedahan aset yang lengkap, menunjukkan secara terang-terangan mengabaikan obligasi prosedur prosiding ini," katanya dan mengarahkan Najib membayar kos RM20,000 kepada entiti.
Lima plaintif dalam saman itu ialah 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited.
Defendan pula ialah Najib, bekas Timbalan Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Kewangan Eksekutif 1MDB Terence Geh Choh Heng, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee, bekas Pengarah Pelaburan dan Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Vincent Beng Huat Koh, bekas Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi 1MDB Radhi Mohamad.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Kelvin Tan Kay Jim (bekas Pengarah Pelaburan) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Pada 8 Feb 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan ex-parte bagi injunksi Mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited dalam saman terhadap Najib dan beberapa individu lagi. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
Niaga Spotlight: Sarawak's 2024 State Budget
Sarawak's Legislative Assembly unanimously approves the RM12.4 billion 2024 State Budget, emphasizing digitalization for double-digit growth by 2030. The budget allocates funds for development, explores sustainable initiatives, and addresses gender disparities, reflecting a holistic approach to economic and social progress.Full discussion with Datuk Dr Madeline Berma,
Economic Analyst.
Economic Analyst.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.

1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah
Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat 1MDB menamatkan kontraknya secara salah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 November 2023.

Mahkamah Rayuan tolak rayuan Najib untuk hadiri prosiding saman 1MDB
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib Razak untuk menghadiri prosiding saman AS$681 juta oleh 1MDB yang difailkan terhadapnya dan beberapa individ lain.

Najib mahu jawab soalan pengubahan wang haram di mahkamah - Pegawai penyiasat
Najib mahu jawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.

Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Budaya rasuah dalam UMNO... Ini pandangan Tun Mahathir
Bekas Presiden parti Melayu itu menjawab soalan Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap, mengenai persepsi bahawa apa yang berlaku dalam UMNO ketika ini bermula pada era pentadbirannya

Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.

1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah dalam permohonan SPRM
Goldman Sachs memohon menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya.

Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
Rosli Dahlan memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden.