Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu dan memerintahkan perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan sebelum ini.
Hakim sebelum ini menetapkan 3 hingga 4 Dis, 9 hingga 12 Dis, dan 16 hingga 19 Dis untuk Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menggelapkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan berkata beliau telah mempertimbangkan latarbelakang perbicaraan, permulaan dan kemajuan, tarikh penting dan arahan utama yang diberikan terlebih dahulu.
"Saya mendapati bahawa notis dan masa yang lebih daripada mencukupi telah diberikan kepada pemohon (Najib) untuk menyediakan dan merangka semula persiapan yang berkaitan. Permintaan untuk penangguhan mengikut pandangan saya tidak dapat dibenarkan. Oleh yang demikian, saya menolak permohonan dan perbicaraan akan disambung semula pada 3 Dis, " katanya.
Pasukan pembela memohon penangguhan secara lisan kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan diri bagi Najib.
Terdahulu mahkamah juga mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak mengenai permohonan pihak pembela untuk memohon senarai saksi dari pihak pendakwa.
Ini adalah saksi-saksi yang pihak pendakwaan tidak menawarkan kepada pihak pembela tetapi kenyataan mereka telah dirakamkan.
Mengenai permohonan ini, Hakim Mohd Nazlan menyifatkannya sebagai "pengumpulan maklumat" apabila kenyataan yang diambil oleh pegawai penyiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dilindungi dan tidak tertakluk kepada pendedahan untuk pemeriksaan di mana-mana peringkat perbicaraan.
"Saya mendapati bahawa ujian keinginan dan keperluan, berhubung saksi-saksi yang telahpun ditawarkan kepada pihak pembela tidak dipenuhi kerana pemohon tidak mengenal pasti kenyataan saksi mana yang diperlukannya dan apakah peranan saksi-saksi dan kerelevanan keterangan itu.
"Dengan itu , saya menolak permohonan.
Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhujah bahawa mengikut Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etika) 1978, peguam tidak boleh mengambil kes jika mereka tidak mempunyai masa.
"Terdapat 4,000 hingga 5,000 peguam di negara ini. Jika pihak pembela memilih barisan peguambela yang sama, mereka mesti bersedia untuk berbuat demikian. Oleh itu, atas sebab-sebab itu Yang Arif, saya membantah penangguhan itu dan perbicaraan harus disambung semula pada 3 Dis," katanya.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan peguambela untuk semua kes yang dihadapi Najib, manakala Harvinderjit Singh adalah peguam bersama.
Harvinderjit berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan kes pembela kerana sibuk dengan satu lagi kes Najib yang akan dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang akan bermula Isnin ini.
Pada 11 Nov, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana SRC selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.
Najib, 66, yang juga Ahli Parlimen Pekan, mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018, untuk menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah satu pertuduhan salahguna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu seali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019

Najib mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018, untuk menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah satu pertuduhan salahguna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta. - Gambar fail/Astro AWANI

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestic.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kursus Pra Perkahwinan | Modul anti rasuah bakal didedahkan kepada bakal pengantin
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), bersedia menambah modul antirasuah dalam kursus pra perkahwinan sejajar dengan usaha yang dilaksanakan Rasuah Busters. Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidin berkata, ia bagi memberi pendedahan kepada bakal pengantin agar sentiasa berwaspada dalam berdepan masalah kewangan selepas berumahtangga.

Mahkamah | Shahrir beli Honda Civic dengan satu kali pembayaran - Saksi
Dua saksi dalam perbicaraan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Ab Samad berkata, tertuduh membeli sebuah Honda Civic Hybrid dan menyelesaikan pembayaran dengan hanya satu cek pada 2013.

Kemalangan | Lima nyaris maut kereta terjunam 30 meter ke dalam gaung
Lima sekawan nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang dalam kejadian jam 3 petang Isnin. Kesemua mangsa berusia 20 dan 21 tahun yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga BLM itu bagaimanapun, mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketirisan LCS | Kerajaan digesa tubuh RCI agar siasatan lebih telus
Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu bagi mendedahkan petualang di sebalik skandal itu serta tindakan sewajarnya dikenakan demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Pindaan Akta | Penunggang p-hailing bakal disyaratkan memiliki GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki lesen memandu vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.

10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan
Satu persatu penyelewengan yang berlaku akan ditunjukkan dalam tempoh sebulan ini termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan.

'Ia kesilapan yang tidak disengajakan' - Rewcastle-Brown
Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan petikan itu antara lain bermakna beliau terlibat dalam rasuah dan campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan T'ganu.

Tiada arahan daripada Sultanah Nur Zahirah lantik Jho Low dalam TIA - Bekas MB Terengganu
Ahmad Said beritahu mahkamah, beliau tidak pernah sekali pun melihat Sultanah Nur Zahirah terlibat dengan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.

Polis selesai rakam keterangan Apandi
Polis selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah tidak pernah campuri urusan pentadbiran kerajaan negeri
"Tugas saya adalah sebagai isteri kepada suami saya Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu." - Sultanah Nur Zahirah

Proses merakam keterangan Tan Sri Apandi tidak berlangsung di Bukit Aman
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat setakat ini tentang di mana dan bila beliau akan merekodkan keterangan kepada pihak USJT.

Apandi dipanggil rakam keterangan berkaitan kes 1MDB
Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, pada Isnin.

1MDB dapat kebenaran serah writ saman AS$3.78 bilion kepada kakak, adik lelaki Jho Low
1MDB memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada kakak dan adik lelaki Jho Low, yang kini berada di luar negara.

1MDB: Penglibatan Apandi sebagai orang tengah seperti ada konflik berkepentingan - Pejuang
Pejuang hari ini membuat tiga laporan polis terhadap 'peranan' Apandi Ali dalam aturan perbincangan Jabatan Peguam negara dan pihak mewakili Jho Low.