Skip to main content

Malaysia

Mahkamah tolak rayuan Adam Asmuni dapatkan semula aset lucut hak

KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Seorang ahli politik, Adam Asmuni, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di sebuah rumah, pada bulan lepas. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Adam, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim kerana kes membabitkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. BERNAMA
Pada Januari 2025, Adam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu memiliki dadah kanabis. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas Ketua Pemuda Bersatu Adam Asmuni bagi mendapatkan semula kereta mewah dan barangan yang dilucut hak pihak berkuasa semasa serbuan dadah.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini seterusnya menjadikan aset seperti BMW X5, jam tangan mewah, beg tangan, wang tunai, simpanan di ASNB serta motosikal kekal dilucut hak.

Advertisement

Mohd Arief membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan peguam Amirrul Jamaluddin mewakili Adam selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizzat Amadan bagi pihak pendakwa raya sebagai responden.

"Mahkamah menolak rayuan perayu (Adam) dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen," kata Mohd Arief.

Pada 4 Feb lepas, rayuan isteri Adam iaitu Lyiana Roslee untuk mendapatkan semula aset dalam kes sama turut ditolak mahkamah.

Pada 14 Mac 2023, Hakim Nor Hasniah Ab Razak menolak permohonan Adam dan Lyiana bagi mendapatkan semula kereta BMW X5 dan BMW 328i serta barangan lain termasuk wang tunai, kereta, motosikal, jam tangan mewah, beg tangan, komputer riba, gelang, rantai leher, serta wang dalam akaun ASNB.

Pada Januari 2025, Adam, 40, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu memiliki dadah kanabis.

Adam kini menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Bagaimanapun, Lyiana dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terbabit.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video