awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak rayuan Jamal Yunos berhubung saman fitnah Teresa Kok babitkan dana Yawas

Bernama
Bernama
27/03/2024
14:39 MYT
Mahkamah tolak rayuan Jamal Yunos berhubung saman fitnah Teresa Kok babitkan dana Yawas
Panel terbabit, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, turut memerintahkan Jamal membayar kos RM20,000. - Gambar fail/AFP/Mohd Rasfan
PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, hari ini gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, kerana memfitnahnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Supang Lian yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong, menolak rayuan Jamal selaku perayu selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.
Panel terbabit, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, turut memerintahkan Jamal membayar kos RM20,000.
Jamal diwakili Peguam Rejinder Singh manakala Kok diwakili Peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Rebecca Marshall.
Pada 29 Mac 2023, Mahkamah Rayuan yang berbeza membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM300,000, namun memerintahkan beliau mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaun firma guaman yang mewakili Kok, sementara menunggu rayuan Jamal selesai.
Pada 26 Julai 2022, Kok berjaya memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal, atas dakwaan menyalahguna dana Yawas selepas Mahkamah Tinggi membenarkan saman dikemukakan Kok.
Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Mohd Arief Emran Arifin turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.
Kok yang memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas, ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.
Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#kegunaan peribadi
#yawas
#menolak rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan