awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
[TERKINI] Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan

Bernama
Bernama
05/11/2024
15:40 MYT
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Dalam keputusannya, Hakim Ahmad Zaidi berkata rayuan Gunasegaran tidak mempunyai merit. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Mohamed Zaini Mazlan, menolak rayuan yang difailkan S. Gunasegaran dan memerintahkan dia membayar kos guaman sebanyak RM5,000.
Dalam keputusannya, Hakim Ahmad Zaidi berkata rayuan Gunasegaran tidak mempunyai merit.
Beliau berkata Gunasegaran, seorang warga Malaysia, bukan pekerja di FM Multi Services Sdn Bhd kerana surat pelantikan yang dirujuk bukanlah kontrak perkhidmatan.
Hakim Ahmad Zaidi berkata slip gaji, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak disertakan untuk menyokong dakwaan Gunasegaran bahawa dia diambil bekerja oleh syarikat berkenaan.
Berhubung kesahihan surat pelantikan yang ditandatangani anak kepada pengarah urusan syarikat terbabit yang masih di bawah umur, Hakim Ahmad Zaidi bagaimanapun memutuskan bahawa kontrak itu adalah sah kerana surat itu ditandatangani oleh remaja terbabit bagi pihak syarikat dan bapanya Md Harun Sirajul Islam telah mengesahkannya.
Beliau berkata Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 tidak terpakai dalam kes ini dan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa surat pelantikan itu terbatal, adalah tidak tepat.
Gunasegaran, 61, pada mulanya memfailkan tuntutan di Mahkamah Buruh di Subang Jaya, Selangor terhadap FM Multi Services untuk tunggakan gaji sebanyak RM29,038 bagi tempoh Februari 2020 hingga September 2020.
Pengarah urusan syarikat itu Md Harun bagaimanapun menafikan Gunasegaran dilantik sebagai pengurus operasi dengan gaji sebanyak RM5,000 sebulan, sebaliknya dia hanya bersetuju membenarkan Gunasegaran yang juga rakannya, membantu menguruskan tiga syarikat kerana dia mengalami strok dan memerlukan bantuan untuk menjalankan perniagaan itu.
FM Multi Services kemudian menamatkan perkhidmatan Gunasegaran pada September 2020.
Pada 11 Mei 2021, Mahkamah Buruh di Subang Jaya membuat keputusan memihak kepada Gunasegaran dan mengarahkan syarikat itu membayar tunggakan gaji. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Jun 2022.
Semasa pendengaran rayuan hari ini, peguam P. Hariraman yang mewakili Gunasegaran menyatakan bahawa anak guamnya dilantik secara sah melalui surat pelantikan dengan gaji bulanan sebanyak RM5,000, namun peguam syarikat Aisyah Choo Abdullah yang dibantu Siti Zulaikha Afendi menolak bahawa Gunasegaran tidak dilantik sebagai pekerja tetap, tetapi hanya pekerja sementara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#tolak rayuan
#gaji tertunggak
#S Gunasegaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan