Bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka terhadap tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas membebaskan kedua-dua mereka dengan ikat jamin.
Dalam keputusannya, beliau berkata tuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan bukan kesalahan keselamatan, oleh itu prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak terpakai dalam kes mereka.
Prosedur Sosma membenarkan seseorang yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan sementara selesai perbicaraan mereka.
Khairuddin, 54, dilihat memeluk Chang, 66, selepas keputusan mahkamah diumumkan dan beberapa orang yang duduk di galeri awam turut bertepuk tangan.
Hakim Tengku Maimun berkata Parlimen tidak mungkin berniat tuduhan seperti yang dihadapi kedua-dua itu sebagai kesalahan keselamatan untuk menggunakan Sosma.
Beliau berkata panel hakim mendapati tiada merit dalam rayuan pendakwaan.
Bersidang dengan beliau ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.
Khairuddin dan Chang dituduh bersama-sama cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas. Kedua-duanya berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan Ibu pejabat Polis Cantoment, Singapura.
Mahkamah Tinggi pada 18 Nov tahun lepas, membenarkan mereka diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi kedua-dua mereka bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Sosma.
Khairuddin dan Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Selepas keputusan mahkamah, peguam Khairuddin Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa perkara itu ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen di sini esok bagi mahkamah memberikan arahan untuk langkah seterusnya.
Sementara itu, peguam Chang, Zainur Zakaria berkata keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hanya prosedur di bawah Akta Keterangan dan Kanun Acara Jenayah boleh terpakai bagi kesalahan yang dihadapi kedua-dua lelaki itu.
Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu pemberita bahawa beliau akan memaklumkan kepada pihak atasannya sama ada untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Tommy Thomas menjadi peguam pemerhati bagi pihak Badan Peguam Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2016
Tuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan bukan kesalahan keselamatan, oleh itu prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak terpakai dalam kes mereka. - Gambar fail
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
PRU15: Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan
Chow Kon Yeow berkata beliau perlu menemui seramai mungkin pengundi bagi memastikan dirinya dikenali seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat.
'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.
Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit
Lelaki berusia 42 tahun cedera pada muka selain tapak tangannya hancur, manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah pada kaki dan pinggang.
Usul tukar Speaker bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan - Nazri Aziz
Nazri menjelaskan apa yang berlaku ketika usul menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan Datuk Azhar Azizan Harun membuktikan wakil rakyat PH tidak memahami prosedur.
Mahkamah tolak rayuan pendakwaan terhadap ikat jamin Khairuddin, Chang
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka.
Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin
Perselisihan dan tuduh menuduh di antara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dengan bekas Naib Ketua UMNO bahagian itu kini disifatkan semakin panas.
Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diminta menyenaraikan apa sahaja program atau sebarang aktiviti yang pernah dibuat kepada parti di kawasannya sendiri.
Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Khairuddin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim dinasihat cermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.
Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.