awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak semakan kehakiman Dagang Net

Bernama
Bernama
08/12/2025
12:38 MYT
Mahkamah tolak semakan kehakiman Dagang Net
MyCC memaklumkan keputusan mahkamah pada 5 Dis itu mengesahkan dapatan pelanggaran yang dikeluarkan terhadap Dagang Net pada 2021.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memperoleh kemenangan apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net) terhadapnya dan Tribunal Rayuan Persaingan (TRP).
MyCC memaklumkan keputusan mahkamah pada 5 Dis itu mengesahkan dapatan pelanggaran yang dikeluarkan terhadap Dagang Net pada 2021 dan mengiktiraf kredibiliti tindakan penguatkuasaan yang dilakukan mereka.
"Keputusan itu sekali gus mengekalkan keputusan TRP terhadap Dagang Net pada 2023. Selain itu, mahkamah memerintahkan Dagang Net membayar kos sebanyak RM20,000," menurut MyCC dalam kenyataan hari ini.
MyCC memaklumkan kes bermula dengan siasatan mereka terhadap perlakuan Dagang Net sebagai pembekal perkhidmatan tunggal kepada kerajaan bagi perkhidmatan fasilitasi perdagangan dalam talian di bawah National Single Window (NSW).
"Memandangkan peranan Dagang Net bersifat monopoli dalam sistem itu, MyCC mendapati Dagang Net telah menyalahgunakan kedudukan dominannya sekali gus melanggar Seksyen 10(1) Akta Persaingan 2010 [Akta 712].
"Penyalahgunaan itu berpunca daripada penggunaan klausa eksklusif ke atas pembekal perisian dalam ekosistem NSW yang mengehadkan keupayaan mereka untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam sistem UCustoms, dan dengan itu menyekat persaingan secara keseluruhan dalam pasaran berkaitan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, MyCC antara lain mengenakan penalti kewangan RM10.3 juta terhadap Dagang Net bagi tempoh pelanggaran antara Oktober 2015 hingga November 2017.
MyCC memaklumkan Dagang Net telah mengemukakan rayuan kepada TRP namun ditolak selepas penelitian menyeluruh TRP mengesahkan sepenuhnya dapatan MyCC termasuk penalti kewangan yang dikenakan.
"Dagang Net kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan TRP," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Datuk Iskandar Ismail berkata keputusan mahkamah itu pengiktirafan terhadap usaha berterusan MyCC dalam menangani isu penyalahgunaan kedudukan dominan oleh mana-mana perusahaan yang mempunyai monopoli dalam pasarannya.
"Kes ini telah melalui perjalanan mencabar dan akhirnya mempamerkan kepentingan usaha MyCC dalam melindungi proses persaingan. Apabila persaingan disekat, peluang untuk membangun akan terlepas, inovasi terbantut dan rakyat Malaysia yang akhirnya menanggung kesan.
"MyCC tidak akan berdiam diri apabila kelakuan sedemikian berlaku. Kami akan terus bertindak tegas terhadap sebarang kelakuan yang mengancam persaingan sihat," katanya dalam kenyataan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semakan kehakiman
#MyCC
#mahkamah
#Dagang Net
#Tribunal Rayuan Persaingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan