Skip to main content

Sukan

Enzo beri bayangan tinggalkan Chelsea

Soccer Football - UEFA Champions League - Round 16 - Second Leg - Chelsea v Paris St Germain - Stamford Bridge, London, Britain - March 17, 2026 Chelsea's Enzo Fernandez looks dejected after Paris St Germain's Khvicha Kvaratskhelia scores their first goal Action Images via Reuters/Andrew Couldridge
Enzo Fernandez kelihatan kecewa selepas pemain Paris St Germain Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol pertama mereka ketika perlawanan UCL antara Chelsea dan PSG di Stamford Bridge, London, Britain, 17 Mac 2026. REUTERS

ENZO Fernandez mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya bersama Chelsea selepas The Blues tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) susulan kekalahan besar kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Chelsea mengalami kekalahan 0-3 di laman sendiri yang menyaksikan mereka tersingkir dengan agregat 2-8, sekali gus menamatkan kempen Eropah musim ini dengan kekecewaan.

Advertisement

Tumpuan selepas perlawanan segera beralih kepada masa depan pemain tengah Argentina itu yang enggan memberikan jaminan akan terus kekal di Stamford Bridge.

“Saya tidak tahu, masih ada lapan perlawanan lagi di Liga Perdana dan Piala FA. Selepas itu ada Piala Dunia, kemudian kita lihat nanti,” katanya kepada ESPN Argentina.

Kenyataan itu dilihat sebagai petunjuk pertama ketidakpastian daripada pemain berkenaan, dengan laporan menyebut PSG antara kelab yang memantau situasinya menjelang jendela perpindahan musim panas.

Walaupun kempen UCL berakhir hambar, Enzo tetap mempamerkan prestasi konsisten musim ini dengan 12 gol dan enam bantuan jaringan dalam 45 penampilan.

Sebelum ini, Enzo menyuarakan rasa bangga bersama Chelsea walaupun melalui tempoh mencabar dengan perubahan pengurusan.

Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Liam Rosenior enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pemainnya itu.

“Saya belum melihat kenyataan itu. Sukar untuk saya memberi komen mengenai spekulasi selepas perlawanan.

"Fokus utama sekarang adalah memastikan kami memperoleh keputusan baik menentang Everton,” katanya.

Chelsea kini memberi tumpuan untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik bagi memastikan mereka kembali ke pentas elit Eropah musim depan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video