awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah UK dapati Craig Wright bukan pencipta Bitcoin 'Satoshi Nakamoto'

Amanz
Amanz
15/03/2024
04:39 MYT
Mahkamah UK dapati Craig Wright bukan pencipta Bitcoin 'Satoshi Nakamoto'
Identiti sebenar pencipta Bitcoin, 'Satoshi Nakamoto' kekal misteri selepas mahkamah United Kingdom mengatakan Craig Wright bukanlah individu tersebut. -Amanz
IDENTITI sebenar pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto kekal misteri selepas mahkamah United Kingdom mengatakan Craig Wright bukanlah individu tersebut.
Sejak 2016, Wright mendakwa beliau adalah Satashi Nakamoto dan ini ditentang oleh Crypto Open Patent Alliance (COPA) yang mengheret beliau ke mahkamah.
COPA terpaksa mengambil langkah ini kerana Wright telah memfailkan hak paten untuk kod Bitcoin 0.1 dan juga kertas putih mengenai wang kripto ini.
Kerana Satoshi Nakamoto juga adalah pencipta rantaian blok pertama, Wright juga telah menyaman Binance dan Block kerana didakwa menggunakan pangkalan data rantaian blok tanpa kebenaran beliau.
Selepas perbicaraan selema lima minggu, mahkamah mendapati Wright gagal membuktikan beliau adalah Satoshi Nakamoto.
Wright mengaku beliau adalah pencipta Bitcoin selepas laporan yang diterbitkan oleh Wired.
Pada waktu tersebut beliau berkata nama Satoshi diambil daripada nama watak Ash Ketchum dalam bahasa Jepun manakala Nakamoto pula ialah nama ahli falsafah Jepun Tominaga Nakamoto.
Ketika perbicaraan Wright berkata sekiranya beliau bukan Satoshi, pasti sudah ada individu yang menafikannya.
Dengan keputusan mahkamah ini, COPA berharap Bitcoin akan dapat diteruskan secara sumber terbuka di masa hadapan.
Identiti sebenar Satoshi Nakamoto kekal misteri. -Amanz
Topic Berkaitan
#pencipta Bitcoin
#Satoshi Nakamoto
#Crypto Open Patent Alliance
#Craig Wright
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan