awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
Lelaki ditahan disyaki mengamuk, cederakan ahli keluarga di Bandar Baru Putra
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu ngabang Gawai, masyarakat Dayak diseru ambil iktibar kewujudan kluster Aidilfitri

Lynch Cowan
Lynch Cowan
31/05/2021
03:12 MYT
Mahu ngabang Gawai, masyarakat Dayak diseru ambil iktibar kewujudan kluster Aidilfitri
Peningkatan kes daripada kluster Aidilfitri perlu dijadikan iktibar buat masyarakat Dayak yang bakal menyambut Hari Gawai, esok.
KUCHING: Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang drastik ekoran aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri harus dijadikan pengajaran buat masyarakat Dayak yang bakal menyambut perayaan Hari Gawai Dayak, esok.
Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, larangan rentas daerah dan negeri untuk meraikan perayaan itu dikampung juga dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak itu.
“Kita faham perayaan masyarakat Dayak ini begitu unik dan menjadi simbolik kepada perpaduan di negeri Sarawak namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan adalah usaha untuk kita membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19.
“Ambillah iktibar daripada kekhilafan yang berlaku di seluruh negara, apabila ada segelintir mereka yang berdegil mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat handai.
“Malah, tanpa sedar mereka menyebarkan virus berbahaya ini ketika sambutan perayaan tersebut dan akhirnya membahayakan nyawa mereka yang tersayang,” ujarnya.
Tambahnya lagi, larangan aktiviti kunjung-mengunjungi semasa sambutan adalah bertujuaan untuk mengelak rakyat daripada terus dijangkiti.
Justeru, beliau menasihati agar penduduk di Sarawak kekal berada di rumah dan terus patuhi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#bersatu sarawak
#Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
#Ngabang Gawai
#Masyarakat Dayak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan