awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu pinjam RM10,000, kerani rugi ditipu RM85,000

Bernama
Bernama
14/02/2024
11:04 MYT
Mahu pinjam RM10,000, kerani rugi ditipu RM85,000
Yahaya berkata mangsa berusia 43 tahun telah melihat iklan pinjaman wang pada 17 Jan lepas di laman Facebook dan berminat membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000. - Gambar fail
KUANTAN: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM85,000 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud menerusi media sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 43 tahun telah melihat iklan pinjaman wang pada 17 Jan lepas di laman Facebook dan berminat membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000.
Beliau berkata mangsa kemudiannya telah diminta menyerahkan butiran peribadi seperti slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank bagi tujuan proses pinjaman wang.
"Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran antaranya bagi duti setem, mengaktifkan akaun, deposit bayaran balik yang kesemuannya berjumlah RM85,000.
"Mangsa telah menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakannya untuk membayar wang berkenaan dengan melakukan 34 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#pinjaman wang
#pinjaman tidak wujud
#lubuk scam
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan