Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bersetuju dengan saranan syarikat-syarikat bas agar kerajaan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus untuk mengelak syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka.
Presiden PMBOA Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata cadangan yang dikemukakan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Sdn Bhd Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh mempunyai asas yang kukuh kerana realitinya pengusaha bas menanggung kos yang tinggi dalam operasi perkhidmatan bas yang membabitkan penyelengaraan, kos tayar, tol, casis dan gaji pemandu.
Beliau mengulas kenyataan Mohd Nadzmi yang mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula struktur tambang bas sebanyak 30 peratus ekoran kos penyelenggaraan dan harian bas yang semakin meningkat sekarang.
Mohamad Ashfar berkata PMBOA telah pun menghantar satu memorandum yang mengandungi 15 cadangan pada 30 Julai lepas kepada Kementerian Kewangan untuk perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami antara lain mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan polisi pengangkutan awam darat nasional dan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus ekoran kos operasi bas yang semakin meningkat sekarang," katanya.
Cadangan berkenaan bertujuan membantu pengusaha bas ekspres dan henti-henti di negara ini daripada mengalami kerugian serta memastikan kebajikan pekerja terpelihara, kata Mohamad Ashfar.
Beliau berkata memorandum itu turut dihantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tarikh yang sama tetapi sehingga hari ini, PMBOA masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak terbabit.
Menurutnya kali terakhir kerajaan menaikkan tambang bas ialah pada 2008 dan sejak itu industri bas terpaksa berdepan dengan peningkatan kos termasuk penyelengaraan, kos tayar, tol, casis dan gaji pemandu.
Cadangan lain yang dibangkitkan PMBOA dalam memorandum itu ialah melanjutkan jangka hayat perkhidmatan bas ekspres selama 10 tahun, dan 15 tahun bagi bas henti-henti, selain membekukan pengeluaran permit kepada pengusaha baharu untuk tempoh tiga tahun, katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak pula berkata beliau menyokong cadangan PMBOA itu dan meminta kerajaan mempertimbang pengecualian cukai untuk pembelian alat-alat ganti bas dan pembelian bas baru kerana buat masa ini kos-kos berkenaan adalah tinggi dan ia membebankan pengusaha bas.
"Sekiranya tiada pengecualian cukai atau insentif lain disediakan kerajaan, agak sukar syarikat-syarikat bas untuk bertahan dan menanggung kos harian tinggi berbanding hasil keuntungan yang rendah akibat kekurangan penumpang," katanya.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata jika kerajaan bersetuju untuk menaikkan tambang bas, Fomca berharap pengguna tidak menjadi mangsa keadaan dan terpaksa membayar tambang bas terlalu tinggi.
"Perkhidmatan bas di seluruh negara masih di tahap yang tidak memuaskan maka semua pihak perlu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan tambang bas bagi menampung inflasi dan kenaikan kos tetapi ia harus dilakukan secara berhemah.
"Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan bas yang baik kerana antara aduan pengguna yang diterima Fomca adalah sikap pemandu bas yang kasar terhadap penumpang, tiada kemudahan untuk golongan kelainan upaya (OKU), dan perkhidmatan bas yang tidak mengikut jadual," kata Muhammad Shaani.
Bernama
Sat Dec 01 2012
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.