PASIR MAS:Orang ramai di Rantau Panjang dan Pasir Mas diingatkan bahawa mereka yang didapati suka ria bermain air secara berkumpulan di tempat yang dilanda banjir sekitar sini, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata surat pemakluman mengenai tindakan kompaun itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pelaksanaan.
"Pihak kami khuatir akan berlaku pesta bermain air yang sudah sinonim dalam kalangan masyarakat negeri ini apabila tiba musim tengkujuh sekiranya tiada tindakan tegas diambil," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya setiap tahun apabila berlakunya banjir, pekan Rantau Panjang diibaratkan seperti 'taman tema air' bagi penduduk di Kelantan malah gerai jualan turut dibuka di sekitar kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamad Roy berkata sekiranya ada peniaga yang membuka gerai di sekitar Rantau Panjang berhampiran kawasan yang digenangi air seperti tahun-tahun yang lepas, mereka turut akan dikenakan tindakan tegas, melainkan jika mendapat kelulusan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).
Katanya beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan, dengan kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Menurut Mohamad Roy, setiap tahun apabila berlakunya banjir, pekan Rantau Panjang diibaratkan seperti 'taman tema air' bagi penduduk di Kelantan. - Gambar hiasan

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Kes rasuah RM2 juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April
Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Sentiasa waspada, tingkatkan keselamatan dalam talian anda - CFM
Pengguna harus bersikap proaktif dalam melindungi keselamatan dalam talian mereka.

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Ubah mekanisme, perkemas kaedah pengeluaran produk sawit - Pedagang
Langkah itu bagi mengelakkan pengeluaran produk sawit terjejas jika berlaku kekurangan guna tenaga buruh susulan pandemik COVID-19.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

Sembilan maut akibat ribut Eloise
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Sukarelawan Jengka berkampung bantu mangsa banjir Pahang
Operasi bantuan itu berlangsung selama dua hari melibatkan 10 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa menurun kepada 352 orang
Daerah Papar merupakan yang terkini pulih dari banjir.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.